[VIDEO] Anak Kuat Main Phone, Ibu ‘Conteng’ Gincu Dekat Mata Nampak Macam Berdarah – ‘Meraung Kuat Dia’

![|650x415](upload://8HvgiGDZ3TAbSwD9XO8txRGbz8q.jpeg)

Seorang wanita terpaksa menggunakan helah bagi membendung anaknya yang berterusan bermain telefon bimbit tanpa menghiraukan pesanan kedua ibu bapa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Tak Nak Main Telefon Lagi Lepas Tengok Mata Lebam

Artikel Berkaitan:Anak-Anak Ketagih YouTube & Gajet 24 Jam? Ini Tips Kawal Ketagihan Melampau Dikongsi Ibu Bapa Prihatin

Bila dipesan tak peduli

![|650x415](upload://kuKTBipvtiPLvLswXl6F0DR4DL9.jpeg)

Seperti sebuah video di laman TikTok, dikongsi seorang wanita menceritakan taktik yang dilakukan olehnya bagi mengubati ketagihan anaknya terhadap telefon bimbit. Difahamkan, dia sebelum ini, sudah memberi ‘pesanan’ kepada anaknya namun, pesanan tersebut sama sekali tidak diendahkan.

Bila mama dan ayah pesan, tak dipeduli. Hari ini mama kerjakan! Kita tunggu dia bangun macam mana. Calit-calit gincu dekat mata dia. Sebab sebelum ini, mama dah pesan mata akan berdarah kalau tengok telefon bimbit tanpa henti.

Difahamkan, si ibu bertindak mencalit mata anaknya menggunakan gincu ketika si anak sedang nyenyak tidur. Apa yang lebih melucukan, apabila melihat reaksi kanak-kanak kecil ini yang ketakutan berikutan kelopak matanya yang berwarna merah.

Masa ini dia dah sedar apa terjadi dekat diri dia. Sebelum ini, kami berlakon terkejut tengok dia dan bagi dia tengok cermin, meraung, melompat terus dekat mama. Tak sempat nak rakam. Mama acah-acah kasi dia takut berlakon kan kena real kan.

Wanita ini pada masa yang sama, sempat memujuk anaknya untuk dibawa ke klinik namun, pelawaan tersebut telah ditolak oleh anaknya.

Mama buat ini sebab mama sayang abang. Nanti mama ganti dengan mainan ya sayang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi kanak-kanak ini dan pada masa yang sama turut menceritakan pengalaman mereka dalam mengendalikan anak-anak kecil yang ketagih akan telefon bimbit.

Video penuh:

@thechanteqBila mama & ayah pesan,tak dipeduli. ? ari ni mama kerjakan! kita tgu dia bangun mcm mana ##padanmukakau ##kasirasa? janji putih – im her

@thechanteqsambungan kemarin. Alhamdulillah nampaknya bhasil ##BukanBuli ##kasiajarsamainibudak ##kasirasa ##trythis? original sound – My Spring Lullaby

Lepas ini serik dah!

![|650x166](upload://93N2aSI8vuOWBYmWmQxZMDGA7z7.png)

![|650x189](upload://kg9K3InIexxhkE4J9ixSKghSmxK.png)

![|650x150](upload://sEd0c8Mhog2uzozLHgmRdLJXouT.png)

![|650x189](upload://jw7HgjAINLz9ORB048vNEwazGxG.png)

![|650x149](upload://bbikVEuw48M3IbRQzTWrspOcLbH.png)

![|650x190](upload://hyx0XQem3hbiG5VXIG1Ix2eB2TL.png)

Sumber: The Chanteq


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-anak-kuat-main-phone-ibu-conteng-gincu-dekat-mata-nampak-macam-berdarah-meraung-kuat-dia