[VIDEO] 7 Tahun Jaga Jodoh Orang, Lelaki Mengamuk Di Majlis Perkahwinan Kekasih

![|650x308](upload://7ZE2m0sdtfSmE8AMOR2nTzwWUQA.jpeg)

Hanya kerana cinta dikhianati, seorang lelaki di Jakarta, Indonesia bertindak mengamuk di sebuah majlis perkahwinan gara-gara teman wanitanya memilih lelaki lain sebagai suami selepas mereka bercinta selama tujuh tahun.

Mengamuk di majlis kahwin kekasih

![|650x663](upload://y2WjxPuGYfbsjAMm4uRdbib0Df3.png)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Andre Li di Instagram, memaparkan seorang lelaki memakai jaket hitam sedang mengamuk dan memberitahu bahawa dia ingin berjumpa dengan pengantin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kekasihnya itu.

Difahamkan, lelaki berkenaan baru sahaja pulang ke Indonesia selepas merantau di Malaysia selama tujuh tahun. Sepanjang tempoh berkenaan, mereka telah menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

Hati siapa yang tidak hancur dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa orang yang dia sayang membuat keputusan untuk mengahwini lelaki lain.

Hancur hatinya. Hubungan cinta jarak jauh selama tujuh tahun. Lepas balik, teman wanitanya kahwin dengan lelaki lain.

7 tahun jaga jodoh orang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

Sumber : andreli_48, Wolipop


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-7-tahun-jaga-jodoh-orang-lelaki-mengamuk-di-majlis-perkahwinan-kekasih