Ustazah Oki Setiana Dewi Menangis Ria Ricis Berubah Lepas Kahwin – ‘Saya Perlu Adaptasi Dengan Keadaan Sekarang’

![|650x435](upload://mD0kngjGoQC0BG0OGvglc6dzmS.png)

Pendakwah selebriti terkenal dari Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi akui tumpang gembira melihat adik kesayangan, Ria Ricis kini sudah bahagia selepas menjalani kehidupan berumah tangga bersama sang suami, Teuku Ryan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Majlis Kahwin ‘Grand’ Adik Ustazah Oki Curi Perhatian, Sempat Kongsi Kisah Malam Pertama Tak Lena Tidur

Artikel Berkaitan: Menari Sakan Masa Majlis Kahwin, Ria Ricis Dikecam Burukkan ‘Title’ Ustazah Oki Setiana Dewi

Namun begitu, Oki mengakui Ria Ricis kini sudah ‘berubah’ sejak mendirikan rumah tangga.

‘Tapi sekarang terasa kehilangan’

![|650x364](upload://uF8yXuXL805bT3LSRiURwhIDx5q.png)

Menerusi video terbaru yang dimuat naik di Youtube, memaparkan Oki Setiana Dewi dan adik-beradik serta pasangan masing-masing sedang meluangkan masa bersama-sama sambil berkongsi cerita. Oki mengakui mereka semua terlalu sibuk dengan kehidupan dan kerjaya sehinggakan tiada masa untuk berkumpul.

Kelihatan Oki tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata saat mengenangkan kembali keakrabannya bersama Ria Ricis sebelum adiknya itu bergelar isteri Teuku Ryan. Oki mengakui sangat merindui adiknya yang dahulu yang merupakan tempatnya bermanja, bergurau-senda dan teman berkongsi suka dan duka.

Ricis sebelum berkahwin dia selalu sangat WhatsApp saya, jika ada apa-apa walaupun hal kecil. Tapi sekarang terasa kehilangan.

Ria Ricis kurang hubungi kakak

![|650x445](upload://n657fBjNO8Fnh6XCTAli5feRKkB.png)

Ria Ricis menjelaskan dia berubah kerana lebih menghargai sang suami, Teuku Ryan. Bahkan dia mengakui jarang menghubungi kakaknya kerana lebih banyak berkongsi cerita bersama suami tercinta. Bukan itu sahaja, Ria Ricis memaklumkan salah satu sebab mengapa dia jarang menghubungi kakak-kakaknya kerana selepas berkahwin dia kurang menggunakan telefon berbanding sebelum ini.

Ya memang betul, kalau dah bernikah memang kena bercerita ke suami. Tapi prosesnya sangat berubah dan dia perlu adaptasi dengan keadaan sekarang.

Dalam pada itu, Oki berharap agar hubungan mereka sekeluarga dapat dieratkan lagi dengan berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama.

Video Youtube

Sumber: Youtube


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ustazah-oki-setiana-dewi-menangis-ria-ricis-berubah-lepas-kahwin-saya-perlu-adaptasi-dengan-keadaan-sekarang