Ustaz Rogol 13 Pelajar Hingga Hamil: Hukuman Penjara Seumur Hidup Ditukar Menjadi Hukuman Mati

Pada tahun lalu, viral di Indonesia mengisahkan seorang guru agama iaitu Herry Wirawan dipercayai merogol 13 orang pelajarnya, lapan daripada mangsa telah melahirkan anak manakala dua pelajar lagi dikatakan sedang hamil (tahun lalu).

Artikel Berkaitan: Ustaz Didakwa Rogol 12 Pelajar, 8 Mangsa Sudah Lahirkan Anak & 2 Sedang Hamil – ‘Keseluruhan Ada 9 Bayi’

Artikel Berkaitan: Rogol 13 Pelajar Hingga Lahir Bayi, Guru Dipenjara Seumur Hidup

Susulan daripada itu, suspek yang berusia 36 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol.

Dijatuhi hukuman mati

Menerusi laporan media Indonesia, pada Februari lalu, Mahkamah di Bandung menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh namun dalam masa yang sama, pihak pendakwaan dikatakan telah memfailkan rayuan memohon agar tertuduh dikenakan hukuman mati.

Selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Bandung sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh. Sementara itu, peguam Herry iaitu Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas alasan beliau perlu melihat penghakiman penuh oleh mahkamah terlebih dahulu.

Pegawai Indonesia, termasuk Menteri Perlindungan Kanak-Kanak turut menyokong rayuan hukuman mati dikenakan terhadap tertuduh. Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah rayuan hukuman mati itu kerana menganggap ianya tidak bersesuaian.

Terdahulu, suspek, Herry Wirawan yang sudah berkahwin dan memiliki tiga orang anak telah melakukan perbuatan keji itu sejak tahun 2016 sehingga pertengahan tahun 2021. Menurut sumber, kebanyakan daripada mangsa merupakan pelajar bawah umur yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun.

Sumber: CNN


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ustaz-rogol-13-pelajar-hingga-hamil-hukuman-penjara-seumur-hidup-ditukar-menjadi-hukuman-mati