Urusan Perubatan Yasin Sulaiman Diserahkan Kepada Pihak Penjara – ‘Yasin Perlu Dapatkan Rawatan Sewajarnya’

Foto : Harian Metro

Sebelum ini, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman ditahan oleh pihak polis pada 24 Mac lalu kerana didakwa mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediaman rumahnya di Kota Damansara, Selangor.

Artikel berkaitan : ‘Bebaskan Yassin Dari Penjara & Tolong Rawat Masalah Mental’ – Wardina Safiyyah

Artikel berkaitan : ‘Kami Kumpulan Nasyid Juga Manusia Biasa’ – Raihan Sifatkan Yasin Sahabat Yang Baik, Mohon Netizen Tak Cepat Hukum

Artikel berkaitan : ‘Tolong Sampaikan Salam Kepada YB Syed Saddiq’ – Yasin Sulaiman

Terbaharu, abang Yasin, Zain Sulaiman memaklumkan bahawa kini pihak keluarga dan peguam sedang mencuba untuk mendapatkan rawatan buat adiknya itu.

Pastikan Yasin dapat rawatan

Zain mengatakan bahawa Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya sudah menyerahkan urusan perubatan Yasin kepada pihak penjara di Penjara Sungai Buloh. Difahamkan penyanyi berusia 47 tahun itu menghidap penyakit bipolar serius sejak 2009 lagi.

Kami sedang berurusan dengan pihak penjara untuk memastikan dia mendapat rawatan sewajarnya. Itu sangat penting kerana dia seorang pesakit bipolar.

Ujarnya lagi, adiknya itu memang berada di bawah pengawasan doktor pakar dan terdapat rekod perubatan Yasin dimasukkan ke dalam Wad Psikiatri di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (UKM).

Dia memang ambil ubat berterusan. Episod paling teruk dilaluinya ialah pada 2009, 2013 dan 2018. Akhir tahun lalu dan awal tahun ini, dia dapat merasakan mungkin episod kronik itu akan berlaku semula.

Itu yang dia sebut dalam mahkamah dia takut akan ‘crack’ lagi sekali. Akhir-akhir ini dia mengalami bipolar psikosis iaitu satu keadaan di mana dia tak dapat nak membezakan mana alam realiti dan khayalan.

Alami halusinasi & delusi

Tambahnya lagi, Yasin turut mengalami halusinasi dan delusi sehingga menyebabkan dia sering berjumpa dengan doktor pakar di sebuah hospital swasta untuk mengambil ubat.

Dia dapat ubat tambahan tapi walaupun diberi ubat tambahan, Yasin masih alami psikosis. Itu yang buat kami risau. Bila dia dalam penjara, kami takut faktor-faktor ini akan ‘trigger’ kepadanya.

Bipolar ini sama ada akan buat Yasin jadi ‘maniac’ ataupun tertekan. Jadi kami nak pastikan dia selalu stabil. Itulah keadaan dia sekarang.

Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff dikatakan dapat melawat Yasin pada minggu lalu dan akan melawatnya lagi pada minggu ini serta akan follow up berhubung rawatan untuk pelantun Mimpi Laila itu.

Walau bagaimanapun, abang kepada Yasin percaya bahawa adiknya itu menerima layanan yang baik daripada pihak penjara serta akan melawatnya dalam masa terdekat.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/urusan-perubatan-yasin-sulaiman-diserahkan-kepada-pihak-penjara-yasin-perlu-dapatkan-rawatan-sewajarnya