Tutup Ruangan Komen, Erma Fatima Enggan Ulas Isu Babak ‘Panas’ Zul Ariffin

Susulan tular video babak panas lakonan Zul Ariffin dan pelakon baru, Siti Hariesa pada minggu lalu, nama Erma Fatima turut dikaitkan kerana dia merupakan penerbit drama bersiri, Perempuan Itu.

Artikel Berkaitan: ‘Motif Keluarkan ‘Footage’ Yang Belum Disunting Untuk Viral?’ – Umie Aida Dedah Erma Fatima Risau Tengok Babak ‘Panas’ Zul Ariffin

Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Hadir Ke SKMM, Dua Jam Bagi Kenyataan

Tak boleh ulas

Memetik laporan Harian Metro, Erma, 54, enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi itu.

Kata pemilik nama Fatimah Kalsum Rahmad Ali, dia tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Maaf sangat, tetapi saya tidak dibenarkan untuk memberikan apa-apa kenyataan buat masa ini.

Tutup komen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Sementara itu, hasil pemerhatian OhBulan!, kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida aktif memuat naik video sedutan drama tersebut di Instagram (IG) miliknya.

Terbaru, sutradara yang terkenal dengan drama Mak Cun itu menulis kapsyen; salah tetap salah kan! Bagaimanapun, ruangan komen di platform itu telah ditutup.

Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama Siti Hariesa.

Selepas teruk dikecam netizen, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 menerusi filem Sangkar tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin.

Sumber: Harian Metro & Instagram @ermafatima


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tutup-ruangan-komen-erma-fatima-enggan-ulas-isu-babak-panas-zul-ariffin