‘Tubuh Panel Bebas Siasat Kematian Remaja & Kes AEFI’ – KJ

Di Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu kepada umum mengenai sebuah panel bebas terdiri daripada pakar luar akan ditubuhkan untuk menyiasat dan menyemak laporan disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes kematian remaja, Revnesh Kumar dan kes-kes kesan mudarat imunisasi (AEFI) yang lain.

Artikel berkaitan: Mahu Pasti Siasatan Lengkap, KJ Jumpa Ibu Bapa Remaja Didakwa Maut Selepas Ambil Vaksin Hari Ini

Untuk siasat dan semak laporan

Kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang meminta satu badan bebas ditubuhkan berikutan kematian remaja itu selepas 18 hari mendapat vaksinasi Covid-19. Menerusi Twitter Santiago, beliau berkata langkah tambahan terhadap laporan bedah siasat itu perlu dilakukan, sekali gus dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa.

Pada 9 Mac, doktor mengesahkan kematian Revnesh tidak berkaitan dengan vaksin Covid-19. Mangsa dikatakan muntah dan rebah dalam perjalanan ke kelas karate pada 16 Januari dan dibawa ke Hospital Kajang sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: Khairy Jamaluddin


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tubuh-panel-bebas-siasat-kematian-remaja-kes-aefi-kj