Toyota Gazoo Racing Kembali 19 & 20 Mac Ini, Tawar Wang Tunai RM 5000* Buat Penonton!

Berita gembira untuk semua peminat sukan permotoran tanah air, Festival Toyota Gazoo Racing bakal kembali dengan musim ke-5 pada hujung minggu ni! Wohoo!

Kami percaya ramai yang dah tak sabar menantikan acara tahunan daripada UMW Toyota Motor ni kan? Haa.. Kami pun sama! Dengarnya kali ni pertarungan akan lebih sengit dan ada hadiah wang tunai menanti korang!

Mengekalkan konsep tontonan dalam talian

Sama seperti musim sebelumnya, siri terbaru Toyota Gazoo racing ni hanya boleh ditonton secara dalam talian dengan pusingan pertama dijadualkan untuk bermula pada 19 Mac , Sabtu ni.

Sementara pusingan kedua akan berlangsung pada 25 dan 26 Jun 2022 serta pusingan ketiga pada 24 dan 25 September 2022.

Dianggarkan sejumlah 6 perlumbaan bakal berlangsung menerusi 3 pusingan ni jadi jangan lupa untuk untuk lock tarikh-tarikh tersebut terus okay? Tak ada lah korang tertinggal mana-mana perlumbaan nanti!

Korang juga berpeluang untuk ‘berlumba’ dengan Dream Team & menangi wang tunai sehingga RM5,000!*

Jom jadi sebahagian daripada Toyota Gazoo Racing dengan membina Dream team korang sendiri! Caranya mudah je, korang hanya perlu mendaftarkan diri untuk menyertai Toyota Gazoo Racing Fantasy Game melalui pautan di SINI.

Seterusnya pilih pelumba kegemaran korang kemudian kumpul mata dengan menonton aksi pelumba yang sedang beraksi di litar sebenar menerusi 3 pusingan yang terdiri daripada Qualifying, Race 1 dan Race 2.

Pasukan lumba yang paling laju dan mengumpul mata terbanyak bukan sahaja bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 tapi korang juga layak untuk menikmati pengalaman eksklusif di atas trek lumba bersama duta ataupun selebriti Toyota Gazoo Racing!

Pemenang tempat kedua dan ketiga juga layak untuk menikmati pengalaman eksklusif ni dan meraih wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM1,000.

Ada ramai nama hebat yang boleh dijadikan sebahagian daripada Dream team korang!

Toyota Gazoo racing masih mempertaruhkan 4 kategori perlumbaan menerusi kelas Promotional untuk selebriti, Sporting untuk pelumba amatur, Super Sporting buat pelumba profesional dan Rookie untuk pemandu muda.

Antara barisan selebriti yang disahkan bakal bertanding dalam kelas Promotional adalah Zizan Razak, Khai Bahar, Shukri Yahya, Wany Hasrita, Nabila Razali, Nabil Ahmad, Ain Edruce, Janna Nick serta Ahirine Ahirudin.

Lebih istimewa lagi, buat julung kalinya hadiah keseluruhan yang ditawarkan kini melebihi setengah juta ringgit termasuk RM70,000 dan RM50,000 untuk juara keseluruhan kelas Sporting dan Super Sporting.

Perlumbaan buat kelas Sporting dan Super Sporting bakal menampilkan Shasha Shafie, Abdul Miqail, Kenneth Koh, Alister Yoong, Tengku Djan Ley, William Ho dan ramai lagi.

Sementara kelas Rookie pula mempertaruhkan nama-nama baru seperti Adele Lew, Nabil Azlan, Muhammad Hamdany, Sharique Zulqarnain dan beberapa nama lain.

Amacam? Dah tahu ke siapa korang nak pilih untuk sertai Dream team korang? Kalau dah tahu, jom daftarkan diri terlebih dahulu untuk Toyota Gazoo Racing Fantasy Game di SINI sebelum 19 Mac 2022, jam 9 pagi.

Siapa tahu mungkin korang diantara yang bertuah untuk membawa pulang hadiah gempak yang ditawarkan. All the best guys!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/musim-baharu-toyota-gazoo-racing-kembali-19-20-mac-ni-tawar-wang-tunai-rm5000-buat-penonton