Tinggal Komen ‘Sweet’ Dekat TikTok Gadis Cantik, Netizen Persoal Fizi Ali Baru Cerai Dah Jumpa Pengganti?

![|650x457](upload://rwYg7lZsUd6mhi17IVxS9cLohrZ.jpeg)

Bermula dengan melakukan trend video di laman TikTok, siapa sangka penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali meninggalkan komen pada sebuah video yang dimuat naik oleh seorang gadis di laman tersebut.

Menerusi video pendek dikongsi, gadis ini memberitahu akan menurut perintah ayahnya supaya bekerja terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Fizi Ali tinggal komen

![|650x450](upload://l7E3OScfmqjqkLqOWUaphHiG9VM.jpeg)

Namun, menerusi ruangan komen Fizi Ali dilihat ‘kecewa’ dengan respon diberikan oleh gadis dikenali sebagai Cyidashahida yang lebih memilih karier berbanding lelaki.

Aduh tak nak lelaki pula.

Bagaimanapun menerusi satu video lain yang dimuat naik, gadis ini menceritakan bapanya sudah pasti akan bersetuju jika lelaki tersebut merupakan Fizi Ali. Bukan itu sahaja, foto mereka berdua di dalam sebuah majlis turut dikongsi dan lagu 1000 tahun lamanya nyanyian Tulus turut digunakan sebagai background music.

Kalau dengan awak mesti ayah saya setuju.

Ketika artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat satu juta tontonan dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya. Rata-rata netizen mendakwa Fizi terlalu cepat move on daripada perkahwinannya sebelum ini.

Sekadar info,Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas bercerai pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Video penuh:

@cyidashahida Saya yang menurut perintah #fyp #foryourpage #esekeli ? I Want It All Ft. Mel Luv – Meek Mill

@cyidashahida Reply to @fiziali ayah saya kata oke ? #fyp #foryou #ditaja #esekeli ? 1000tahun lamanya by tulus – finn emosi

Respon netizen

![|650x142](upload://kcTA2leq9W5WYD6DYtv0QR7nXui.png)

![|650x137](upload://ph7G0YmRTjs0dmQalqWS21BTPQQ.png)

![|650x154](upload://itYwj71o83vYvnoEqhRHtHnemCe.png)

![|650x159](upload://pvdUO8mwHqERyd3YP1SjXxzx59e.png)

![|650x122](upload://mXuvg5aE7j9yHcBdeJNpcqFoPpw.png)

Sumber: Cyidashahida


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tinggal-komen-sweet-dekat-tiktok-gadis-cantik-netizen-persoal-fizi-ali-baru-cerai-dah-jumpa-pengganti