Tiga Kali Keguguran, Syatilla Melvin Sah Hamil Lagi – ‘Kali Ke-6, Doakan Kandungan Bertahan Sampai 9 Bulan’

![|650x385](upload://yAhYfQtXBOJApdl9n5DJ909Ecby.jpeg)

Selepas tiga kali mengalami keguguran, akhirnya isteri kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya di Instagram.

Syatilla hamil anak ketiga

![|650x626](upload://i4z7s6c09tdKxdiVBkrIb7DHi0a.png)

Menerusi perkongsian tersebut, Syatilla meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Bukan itu sahaja, pelakon berusia 30 tahun itu juga memohon orang ramai mendoakan supaya kandungan kali ini bertahan sehingga 9 bulan.

Kali Ke-6, syukur Alhamdulillah. Baru plan nak pakai iud tahu tak, ezeki Allah SWT bagi. Hari-hari duk minta Allah murah rezeki, murah sungguh Allah bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan.

Sementara di Instagram Shaheizy Sam, dia memaklumkan isterinya itu kini hamil tiga minggu dan anak ketiga mereka dijangka lahir pada bulan Mei tahun hadapan.

Produk terbaru coming soon! Setelah RND lebih 3 minggu, dijangka bakal launch bulan 5 tahun depan.

‘Alhamdulillah’

![|650x202](upload://1lOfcLH7TW7bLHp4tovJK1GFD3W.png) ![|650x178](upload://fMECfMI3KHhcPv028gXXpwuFFtN.png)

![|650x126](upload://AbB3CfKQEDe1UuM4AKLgwBDjrGb.png)

![|650x139](upload://hp7v7spUKMiYMtk56tisfkZMJrS.png)

![|650x150](upload://iRIyVEcfDTu3KoUN4WlroXiXS93.png) ![|650x145](upload://huPRpdT4CKdQVYNYWqm8uYcdSrs.png)

Susulan daripada pengumuman itu, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa gembira selain menitipkan doa agar segala urusan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dipermudahkan.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy berusia empat tahun dan Sarimah Samheizy yang kini mencecah usia setahun.

Sumber: Syatilla Melvin, Shaheizy Sam


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tiga-kali-keguguran-syatilla-melvin-sah-hamil-lagi-kali-ke-6-doakan-kandungan-bertahan-sampai-9-bulan