Tiap Hari Menangis Sebab ‘Takut’, Budak Sekolah Kena Buli Sampai Jadi Botak

Foto: Cornwalllive

Pernah menjadi mangsa buli rakan sekolah ketika berusia tujuh tahun, seorang kanak-kanak perempuan dari London ini terpaksa menanggung derita apabila rambutnya menjadi botak akibat insiden tersebut.

Mangsa dibuli masa umur 7 tahun

Foto: Metro UK

Mangsa yang dikenali dengan nama Bonnie Pullman kini berusia 10 tahun dipercayai dibuli sejak tiga tahun lalu oleh rakan sebayanya di sekolah. Berikutan daripada penderaan yang dilaluinya, mangsa dikatakan kerap menanagis dan tertekan. Menurut sumber, penderitaan atau ‘trauma’ yang dilaluinya setiap hari menyebabkan mangsa menghidap alopesia atau keguguran rambut kritikal.

Meskipun ibu mangsa iaitu Wendy sudah berusaha untuk menghentikan aktiviti buli itu, namun rambut anak perempuannya itu masih tidak tumbuh semula. Difahamkan, ianya terjadi kerana mangsa mempunyai kebimbangan yang berterusan mengenai gejala buli yang dilaluinya sebelum ini.

Setiap kali pulang dari sekolah, dia akan menangis dan setiap kali itu, kami melihat rambut gugur dari kepalanya. Bagaimanapun, apabila sekolah ditutup selama enam bulan, rambut Bonnie mula tumbuh semula.

Beri kesan kepada kesihatan mental

Foto: Wales Online

Jelas Wendy lagi, dua minggu sebelum anaknya kembali ke sekolah pertumbuhan rambutnya semakin ‘terbantut’ sehinggalah kepalanya botak sepenuhnya. Perkara tersebut kemungkinan dipengaruhi oleh pemikiran serta kebimbangan Bonnie untuk masuk semula ke sekolah. 

Sejak Bonnie mengalami masalah keguguran rambut, kesihatan anak perempuannya itu dikatakan semakin merosot sehingga pada satu tahap, dia enggan untuk menjamu selera. Tak dinafikan, perkara tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan mental mangsa.

Dia tidak menyukai dirinya dalam tubuhnya sendiri, dan dia akan berkata seperti, ‘Kawan saya cantik, saya tidak cantik’. Dia juga tidak pergi berenang di sekolah, malah enggan membenarkan sesiapa melihatnya dalam pakaian renang.

Difahamkan, sebuah klinik tempatan menawarkan untuk membantu Bonnie mengumpul dana sebanyak £5,000 untuk menghasilkan satu alat acuan 3D berbentuk kepala Bonnie. Alat tersebut yang akan dilekatkan pada kepala Bonnie akan kekal selama dua tahun. Sementara itu, Wendy berharap rambut palsu itu membantu Bonnie mendapatkan semula keyakinannya.

Sumber: Metro UK, Wales Online, Cornwalllive


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tiap-hari-menangis-sebab-takut-budak-sekolah-kena-buli-sampai-jadi-botak