Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Buat Tuntutan Cerai Terhadap Suami

![|650x382](upload://g1B87orNPHuoRCeve39fOXnMOaF.jpeg)

Kisah pergolakan rumahtangga Siti Saleha dengan pasangan bukan rahsia lagi apabila pelakon itu memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Oktober lalu.

Artikel berkaitan: Muat Naik Posting ‘I’m Good’ Di IG, Ruangan Komen Siti Saleha Dibanjiri Kata-Kata Positif – ‘Stay Strong!’ 

Artikel berkaitan: Kecoh Dakwa Rumah Tangga Sedang Bergolak, Siti Saleha Mengaku Failkan Penceraian

Azmi Mohd Rais, peguam yang mewakili Siti Saleha memaklumkan antara punca pelakon tersebut membuat tuntutan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar adalah kerana mereka sudah tidak bersefahaman lagi.

Sudah tiada persefahaman

![|650x440](upload://eJOIGJU652kp5hUYLVIcEu4vaaT.jpeg)

Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharun menghadiri prosiding bersama peguamnya Azmi Mohd Rais bagi mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Klang, namun ditangguhkan pada 17 Januari depan.

Azmi turut menyatakan JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum tarikh berkenaan berikutan defendan dan wakilnya gagal hadir pada sesi sebelum ini.

Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir. Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara.

Ujarnya lagi, JKP akan diadakan sekali lagi dan hakim akan menilai perintah shiqaq dan seterusnya pelantikan hakam.

Jadi, JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaa perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam.

Satu ujian buat dirinya

![|650x735](upload://ic3WxuWloYPQUF9WeZnC2OAL2kB.jpeg)

Tarikh berkenaan telah ditetapkan oleh Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak satu atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Sebelum ini, Siti Saleha mengatakan bahawa ia adalah satu ujian buat dirinya. Walau bagaimanapun, pelakon terbabit enggan mengulas lebih lanjut dan meminta untuk diberikan ruang serta tidak mahu komen mengenai hal peribadi.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tiada-persefahaman-punca-siti-saleha-buat-tuntutan-cerai-terhadap-suami