Teruk Dikecam Buat Video Nak ‘Ngorat’ Anak Buah, Pemuda Akui Diri Pendosa Tapi Tak Minta Semua Ini Jadi

Kecoh di media sosial gara-gara seorang pemuda menyuarakan hasrat untuk mengorat anak buah sendiri atau nama lain ‘anak saudara’. Umum tahu, perkahwinan antara lelaki atau perempuan dengan anak saudara adalah dilarang dalam agama Islam.

Nak ngorat anak buah

Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu menulis kapsyen; ‘nak ngorat tapi anak buah pula, pening kepala.’ Video 15 saat itu memaparkan seorang perempuan tengah duduk di belakangnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya mengecam dan menentang keras tindakan pemuda terbabit.

Wargamaya marah dengan individu itu kerana membuat ‘content’ seolah-olah tidak memahami hukum membabitkan hubungan secara mahram.

Hasil pemerhatian OhBulan! video terbabit telah dipadam dari akaun TikTok miliknya.

Dunia akhir zaman

Dalam hantaran berbeza, pemuda itu berasa kesal kerana orang ramai berandaian buruk selain menabur fitnah.

Sumber: TikTok @ayidcomel


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/teruk-dikecam-buat-video-nak-ngorat-anak-buah-pemuda-akui-diri-pendosa-tapi-tak-minta-semua-ini-jadi