Teruja Nak Bincang Persiapan Kahwin, Remuk Hati Bila Bakal Mak Mentua Bandingkan Dengan Bekas Kekasih Anak

![|660x436](upload://98W0AfLEhzR81BYepCOyOnZgv2s.png)

Sekadar gambar hiasan

Tidak dinafikan setiap gadis mempunyai perasaan takut untuk berjumpa dengan keluarga bakal mentua buat pertama kalinya. Hal ini demikian kerana, timbul perasaan risau jika kehadirannya tidak disambut dan dilayan seperti orang asing seperti mana yang ditayangkan dalam drama Melayu.

Artikel Berkaitan: Lepas Tangan Urus Anak, Suami ‘Naik Kepala’ Bila Tinggal Serumah Dengan Ibu Sendiri

Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Artikel Berkaitan: ‘Aku Sanggup Buat Apa Saja!’ – Lelaki Gila Talak Sanggup Fitnah ‘Check In’ Dengan Isteri Sebab Nak Rujuk

Bakal mentua bandingkan dengan kekasih lama

![|650x442](upload://sqUPkQdWUtJHxx5zsPoA5iO1c4Q.jpeg)

Seperti perkongsian yang mencuri perhatian ramai dikongsi seorang gadis cekal di platfom TikTok, tampil menceritakan pengalamannya berjumpa dengan bakal ibu mentuanya.

Pertemuan yang sepatutnya menjadi hari gembira bertukar satu mimpi ngeri buatnya berikutan ibu kepada teman lelakinya dikatakan sempat menceritakan mengenai bekas kekasih anaknya dahulu.

Kenapa aku dah tak excited jumpa family dia.

Borak-borak pasal perancangan kahwin dengan mak dia.

Kisahnya bermula, apabila mereka mula berbincang mengenai perancangan untuk berkahwin namun, bakal ibu mentuanya secara tiba-tiba menceritakan dia lebih suka calon menantu yang dahulu dan menganggap dia (bekas kekasih) sebagai anak sendiri.

Tiba-tiba mak dia cakap. Acik (bakal mak mentua) lagi suka yang dulu dia (teman lelaki) bawa balik tu. Acik dah anggap dia macam anak sendiri. Sayang macam anak sendiri.

Ketika artikel ini ditulis video tersebut telah ditonton 1.7 juta kali dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat gadis ini supaya terus cekal dan reda dengan apa yang terjadi.

Video penuh:

@mekkchk_8Tolong masuk fyp dia kenapa aku dah tak excited jumpa family dia? suara asli – rafaaldiansyah

Perkara yang paling takut

![|650x173](upload://hbkwQOaSLg4yjKTSfj40idlyPsp.png)

![|650x189](upload://KsHVQXbPXJqbDsWrFfe658DqcD.png)

![|650x143](upload://dPD45HguhsRIHU42HHtcyrhrTNC.png)

![|650x148](upload://d3ORldy7B1EATy2B9PWH8IFi4cH.png)

![|650x168](upload://vogqEPNTlMMiC7cqOHTwfmk9RKi.png)

Sumber: Mek Kechik


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/teruja-nak-bincang-persiapan-kahwin-remuk-hati-bila-bakal-mak-mentua-bandingkan-dengan-bekas-kekasih-anak