Terpengaruh Dengan Teori Konspirasi, Lima Sekeluarga Terjun Pangsapuri

Foto: The Guardian

Didakwa terpengaruh dengan teori konspirasi, sebuah keluarga di Perancis bertindak di luar kawalan lalu membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Montreux, Switzerland pada Khamis yang lalu.

Terjun dari balkoni pangsapuri

Foto: The New York Times

Memetik laporan media, lima ahli keluarga bertindak membunuh diri seorang demi seorang dan hanya seorang remaja berusia 15 tahun terselamat. Bagaimanapun dia dilaporkan berada dalam keadaan koma namun stabil. Ujar pihak polis wilayah Vaud, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlakunya campur tangan pihak ketiga sebelum kesemua mangsa melompat dari balkoni sebuah pangsapuri.

Bercerita lebih lanjut, pihak polis dan pendakwa raya sedang menilai teori yang mendakwa kes tersebut bermotifkan bunuh diri secara beramai-ramai. Ketika insiden tersebut berlaku seorang lelaki, 40, si si isteri, 41, saudara kembar isterinya, seorang anak perempuan, 8, dan seorang anak lelaki dilaporkan terjun dari ketinggian 20 meter pangsapuri berkenaan.

Menurut pihak polis, keluarga ini dipercayai menjauhkan diri daripada masyarakat.

Tidak mengesan sebarang pergelutan

Sekadar gambar hiasan

Sebelum insiden tersebut berlaku, penyiasat menjelaskan dua pegawai bertindak mengetuk pintu pangsapuri berkenaan pada jam 12.15 tengah malam berikutan ingin berbincang dengan si bapa mengenai persekolahan di rumah bagi anak lelakinya.

Bagaimanapun pegawai berkenaan sama sekali tidak dapat masuk ke dalam rumah sebelum beredar dari pangsapuri tersebut. Pihak polis juga tidak mengesan sebarang pergelutan dan keluarga ini dipercayai melompat ke bawah atas kerelaan diri sendiri.

Sumber: The Guardian & The New York Times


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/terpengaruh-dengan-teori-konspirasi-lima-sekeluarga-terjun-pangsapuri