Terpaksa Rakam Senyap-Senyap, Pemilik Video Dedah Cara Kumpul Bahan Bukti Kanak-Kanak Dipukul

Susulan video miliknya tular, pemilik video viral kanak-kanak berusia 4 tahun dipukul dengan penyapu tampil mendedahkan cara dia dan rakan-rakan mengumpul bahan bukti sebelum membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan: ‘Hari-Hari Alia Kena Pukul, Bukan Sebab Nakal…’ – Pemilik Video Viral Tampil Cerita Situasi Di Rumah

Rakam senyap-senyap

Menerusi satu sesi siaran langsung di laman TikTok, pemilik video tersebut yang juga penghuni rumah yang sama kanak-kanak 4 tahun itu didera mendedahkan cara dia dan rakan-rakan cuba untuk mengumpul bahan bukti sebelum membuat laporan polis.

Dalam sesi ‘live’ yang telah dirakam dan dikongsikan semula itu, dia berkata bahawa tidak mudah untuk dia merakam situasi Alia, kanak-kanak 4 tahun itu dipukul namun tetap dilakukan secara diam-diam.

Kamu semua tak tahu macam mana ‘struggle’ saya nak rakam video itu secara senyap-senyap, depan dia.

Saya nampak dia dipukul sebegitu, jadi saya pergi ambil air di dapur, saya pegang telefon sambil pegang cawan.

Seolah-olah seperti sedang cakap telefon.

Saya cuba rakam sampai dapat.

Bawa Alia pergi taman

Dalam pada itu, pemuda itu juga sempat merancang untuk membawa Alia keluar daripada rumah buat sementara waktu agar kesan-kesan luka dan lebam pada badan Alia dapat dirakam untuk dijadikan bahan bukti.

Selepas mereka dapat mengumpulkan bahan bukti yang cukup untuk membela keadilan buat Alia, mereka merancang untuk keluar dari rumah pada waktu pagi iaitu waktu di mana pelaku dan suami selalunya sedang tidur.

Kita pergi taman… mungkin mereka rasa pelik sebab Alia tak pernah keluar rumah.

Tak dibenarkan keluar rumah, tempat Alia hanya di sofa. Duduk diam-diam, bergerak sikit kena lah sepak.

Waktu si pelaku tu dekat atas… kami cakap dengan daddy (suami pelaku) nak bawa Alia pergi taman.

Bila kami bawa Alia pergi taman, itu lah dapat video yang viral ‘siapa pukul ni? Mummy’.

Sejurus selepas mendapatkan bahan bukti, mereka meninggalkan kediaman berkenaan sehelai sepinggang dan terus ke balai polis bagi membuat laporan dan mendapatkan bantuan.

Mereka walau bagaimanapun mengakui berasa serba salah untuk melakukan perkara tersebut kerana si pelaku yang juga majikan mereka itu bersifat murah hati terhadap mereka, namun nekad selepas memikirkan nasib Alia.

Sumber: Twitter Aida Sue


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/terpaksa-rakam-senyap-senyap-pemilik-video-dedah-cara-kumpul-bahan-bukti-kanak-kanak-dipukul