Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar – ‘Mohon Maaf Tak Jawab Call’

![|650x342](upload://mRY7Idw44kme8dem6qALKqthL6a.jpeg)

Di Instagram, pelakon, Beto Kusyairy memuat naik satu posting dan memberitahu kepada semua bahawa sahabat baiknya iaitu Azhan Rani telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya, semalam.

Keadaan stabil

![|650x550](upload://moWqiZsniCmr1j4Tp3ABY3ICYiS.png)

Menurut Beto, Azhan Rani telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengah hari semalam. Namun begitu, keadaan Azhan dilaporkan stabil dan masih berada dalam jagaan pakar. Beto turut berdoa agar Azhan kembali sembuh dan segera pulih seperti sedia kala.

Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan text untuk sementara waktu ni. Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis seperti Nabila Huda, Rashidi Ishak, Tiz Zaqyah, Pekin dan Dynas Mokhtar mendoakan agar urusan Azhan Rani dipermudahkan oleh Allah. Mereka berharap pelakon itu segera pulih dan kembali bekerja seperti biasa.

Sumber: Beto Kusyairy


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/terlibat-kemalangan-motosikal-keadaan-azhan-rani-stabil-masih-dalam-jagaan-pakar-mohon-maaf-tak-jawab-call