Terjatuh 100 Kali Sehari & Hanya Mampu Sebut ‘Uh Oh’, Kanak-Kanak 4 Tahun Hidap Demensia

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kehilangan keupayaan untuk berjalan dan bercakap selepas dia disahkan menghidap demensia seawal usia tiga tahun.

Terjatuh 100 kali sehari

Kanak-kanak berkenaan bernama Florence Swaffield dapat berjalan malah siap menjadi gadis bunga di perkahwinan ibu bapanya pada September 2021. Namun beberapa bulan kemudian, keadaannya semakin merosot sehingga dia sering terjatuh sebanyak 100 kali sehari.

Dalam pada itu, Florence turut kehilangan beberapa kemahiran komunikasi dan hanya mampu berkata ‘uh oh’. Ibu bapanya, Phoebe dan Joe ingin meningkatkan kesedaran mengenai penyakit demensia serta berharap kempen yang dilakukan oleh mereka itu dapat mengumpul sejumlah wang untuk membayar kos rawatan anaknya.

Difahamkan, kanak-kanak itu disahkan menghidap penyakit CLN2 Batten’s dan tidak mempunyai penawar lagi pada masa kini. Individu yang menghidap penyakit ini akan kembali seperti keadaan bayi di mana dia akan kehilangan keupayaan untuk berkomunikasi, berjalan, makan dan minum.

Tidur selama 22 jam & enggan makan

Tambahnya, mereka mengesyaki ada sesuatu yang tidak normal terhadap anaknya apabila Florence akan membuat bunyi yang pelik, tidur selama 22 jam sehari dan enggan makan.

Walau bagaimanapun, ibu Florence mengatakan bahawa anaknya itu adalah seorang yang periang dan lucu. Malah, dia turut berazam untuk melakukan apa sahaja demi memberikan yang terbaik dalam kehidupan Florence.

Dalam satu cara, kami bersyukur kerana kami sedar keadaan Florence dan kami boleh membuat kenangan istimewa bersamanya yang akan kami hargai sepanjang hayat.

Sumber : Metro.uk


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/terjatuh-100-kali-sehari-hanya-mampu-sebut-uh-oh-kanak-kanak-4-tahun-hidap-demensia