Tampil Promosi Lagu Baru Di Meletop, Peminat Puji Suara Nabila Razali – ‘Serius Dah Banyak Perubahan’

![|650x317](upload://7kmTZHAL1Ji5M0i7CWvmGWPoEbj.jpeg)

Sebut sahaja nama, Nabila Razali sudah pasti rata-rata dalam kalangan netizen masih teringat kembali cara nyanyian Nabila Razali tatkala menyampaikan lagu ‘Peluang Kedua’ di beberapa acara besar pada tahun ini.

Artikel berkaitan: Ambil Cuti Sehari Selepas AJL35, Nabila Razali Akui Terkilan Ada Rakan Artis ‘Cakap Belakang’

Artikel berkaitan: ‘But I Think, This Is It’ – Nabila Razali Bakal Berhenti Menyanyi?

Artikel berkaitan:‘Saya Dah Cuba Buat Yang Terbaik, Maaf’ – Nabila Razali

Terbaru, Nabila Razali dilihat hadir di program Meletop bagi mempromosikan single terbarunya iaitu Putus.

Trending di Youtube

![|650x377](upload://2myn15ZHHVvZj7VE8hnWfxPOo4I.jpeg)

Menurut Nabila, lagu baru ini tiada sebarang gimik. Tambahnya, karya yang dihasilkan ini tulus dan jujur dari hati. Ujar Nabila, lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertamanya dengan komposer Singapura, Erwin Purnama.

Alhamdulillah, selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu untuk dihadiahkan buat peminat. Putus merupakan karya pertama saya berkolaborasi dengan komposer luar sepanjang lapan tahun berada di dalam industri seni. Saya harap peminat dan pendengar suka lagu ini dan terus beri sokongan.

Jelas Nabila, lagu tersebut dilancarkan pada tarikh ulang tahun kelahirannya baru-baru ini. Meskipun, sudah dua minggu dilancarkan di Youtube, Nabila meluahkan rasa syukur apabila ‘Putus’ trending di platform Youtube.

Menusuk kalbu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Nabila turut menyanyikan lagu ‘Putus’ secara live di Meletop. Menerusi persembahan yang dilakukan, rata-rata netizen kagum melihat cara nyanyian Nabila. Menurut netizen, Nabila sudah ada kemajuan dari segi nyanyiannya. Tambah netizen, mereka yakin Nabila seorang yang kuat dan sebagai penyanyi, Nabila tidak perlu membaca komen-komen negatif yang dilemparkan oleh segelintir individu di media sosial.

Sumber: Meletop


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tampil-promosi-lagu-baru-di-meletop-peminat-puji-suara-nabila-razali-serius-dah-banyak-perubahan