Tambah RM1 Untuk Iced Latte, Cawan Edisi terhad #KitaBoleh & Pelbagai Tawaran Lain Di McCafe Oktober Ni!

![|650x488](upload://pQaBdHvLnvXrhX1p25gp9a9a8Eo.jpeg)

Kredit Gambar: Ihsan Ihsani / SAYS

Oktober telah tiba! Kalau korang nak tahu, Oktober ini merupakan Bulan Kopi Antarabangsa!

Tarikh 1 Oktober pula diiktiraf sebagai Hari Kopi Antarabangsa. Kopi ni memang dah jadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia. Bangun pagi-pagi mesti nak cari kopi dulu.

Sempena bulan kopi antarabangsa ni, McCafe nak naikkan semangat rakyat Malaysia dengan cawan limited edition ni dan macam-macam tawaran istimewa yang lain! Jom tengok apa yang ada.

“Kita Boleh! Malaysia”

![|630x630](upload://uo6jhgTgGsoaMjWfoxFhWaYWpds.jpeg)

Bayangkan pagi-pagi sebelum kerja beli kopi dan nampak ayat macam ni? Mesti lagi semangat nak mulakan hari korang!

Bukan tu je, bila korang pusingkan kat cup tu akan nampak ayat dibawah ni:

Ayuh rakyat Malaysia!

Kita belum menang, tapi kita juga belum
kalah.

Teguhlah bersama, pasti ada kejayaannya.
#RasaBersama

Lindungi diri dan yang tersayang.

Maklumat lanjut di vaksincovid.gov.my

Lengkap dengan website vaksin lagi ada tau! Rasa sayu tapi dalam masa yang sama korang akan rasa nak sama-sama berubah jadi lebih baik dan sedar yang negara kita masih belum menang lagi. Segala SOP masih perlu dijaga dengan baik dan mohon bersabar agar kita dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ni. McCafe nak korang Keep Going dan jangan putus semangat!

Korang juga boleh upgrade ke Ais Latte dengan hanya RM1!

![|630x630](upload://6NlJFYGOs6GljjW1vQQ7ho9Ko2S.png)

Kalau sebelum ni korang nak upgrade air ke ais Latte kena tambah lebih kurang RM3.70 kan? Ha bermula 1 hingga 31 Oktober ni bila korang beli mana-mana McValue Meal korang boleh upgrade air ke Ais Latte dengan hanya RM1 je!

Boleh beli melalui di restoran , Drive-Thru dan juga melalui Delivery! Semuanya boleh dapat offer ni.

Jangan balik selagi tak usha crazy McCafe deals di aplikasi Mcdonald’s!

![|1200x731](upload://z5wZQw1U0xGHfEMOK1MsDl2fuEO.jpeg)

Selalu pergi McDonald’s nak beli kopi je bila dah sampai eh nak ayam, nak burger nak semuanya lah! Ha boleh, jangan risau, ada tawaran menarik yang korang boleh dapatkan! Dari Isnin sampai la Ahad. Semua lengkap! Best la Oktober ni!

Antara yang korang boleh dapatkan ialah:

![|1200x750](upload://kCMq1yogPMFxO0tVypexNRJpL15.png) ![|1200x381](upload://yDsKsSkM3P4bNbc2JFFubwcN043.png) ![|1200x509](upload://dcJUwerVpzdSMwWfUHkvoPliiAY.png)

Dari burger, ayam, minuman panas , minuman ais, sampai ke dessert semuanya ada! Korang pilih je. Tapi yang penting,download dulu aplikasi Mcdonald’s dekat handphone korang tu! Tak ada apps tak dapat lah deals menarik ni!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ni, korang boleh klik dekat SINI! Cepat-cepat pergi Mcdonald’s guys sekarang!


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tambah-rm1-untuk-iced-latte-cawan-edisi-terhad-kitaboleh-pelbagai-tawaran-lain-di-mccafe-oktober-ni