‘Tak Semestinya Ayah Ustaz, Anak Tak Akan Buat Dosa’ – Caprice

Kontroversi panas yang melibatkan pelakon Syafi Tee menjadi bualan ramai di media sosial. Bukan nama Syafi saja yang disebut, bapanya yang merupakan pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah juga terpalit.

Artikel Berkaitan: Isu Video Syafi Tee Peluk & Cium Kekasih, Ridhuan Tee Akui Iman Tidak Boleh Diwarisi

Tak faham netizen kecam Ridhuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Isu hangat ini turut menarik perhatian penyanyi Caprice untuk membahaskan. Menerusi entri di Instagram (IG), Caprice, 33, menyelar tindakan netizen yang mengutuk Ridhuan gara-gara perbuatan anaknya itu.

Tegas pemilik nama Ariz Ramli, iman daripada seorang ayah tidak dapat ‘diturunkan’ kepada anak.

Cap tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita ustaz, anak kita confirm tak akan buat dosa.

Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm tak akan buat jahat.

Tak ada manusia sempurna

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini percaya ibu bapa sudah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam membentuk anak menjadi insan yang baik.

My point, tak ada siapa dekat muka bumi ini sempurna dan saya yakin ibu bapa sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibu bapa dan belajar daripada kesilapan. Tak akan korang tak pernah buat silap.

Asalkan kita belajar daripada kesilapan, ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan.

Sebelum ini, Ridhuan tampil memberi penjelasan mengenai video Syafi memeluk dan bercium dengan kekasih di Facebook (FB) pada Rabu lalu.

Sumber: Instagram @capricedaddycap


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-semestinya-ayah-ustaz-anak-tak-akan-buat-dosa-caprice