Tak Puas Hati Harga Nasi Goreng Kosong Telur RM6 Jadi Punca Pergaduhan Di Restoran

Harga nasi goreng kosong dan telur berjumlah RM6 menjadi punca pergaduhan dalam sebuah restoran di Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

Artikel Berkaitan: Berebut Pelanggan & Dendam Lama Punca Pergaduhan Di Kompleks Makanan Pulau Pinang

Baling kotak tisu

 

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa iaitu seorang lelaki telah pun membuat laporan di Balai Polis Bahau pada pukul 2.31 pagi semalam dan mendakwa telah ditumbuk oleh seorang lelaki semasa berada di kaunter bayaran restoran berkenaan.

Situasi ini menyebabkan mangsa berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang menyebabkan terkena barang-barang di atas kaunter juruwang.

Salah seorang pekerja yang melihat perbuatan mangsa dan terus menumbuk mangsa. Beberapa pekerja yang melihat kejadian telah cuba meleraikan pergaduhan tersebut termasuk pelanggan yang berada di restoran tersebut.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu dipercayai berlaku apabila juruwang restoran itu telah meninggikan suara kepada ibu mangsa yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur yang berharga RM6.

Tiada campur tangan pihak polis

Foto: Sinar Harian

Pihak polis menafikan dakwaan pihaknya campur tangan dalam menyelesaikan kes terbabit, sebaliknya mengambil tindakan mengikut peraturan ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil untuk membantu melengkapkannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan seberapa segera untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau juga turut menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi hingga menjejaskan ketenteraman awam.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-puas-hati-harga-nasi-goreng-kosong-telur-rm6-jadi-punca-pergaduhan-di-restoran