Tak Pernah Serik, Sharifah Sakinah Belanja Foto Berendam Dalam ‘Bathtub’

![|650x400](upload://vBn98G5ZsuMmEor0HCwtHgvG3SO.jpeg)

Siapa yang tidak kenal Sharifah Sakinah. Aktres ini tidak pernah lekang dengan kontroversi yang menghantui kehidupannya. Walaupun sering dikecam kerana menayangkan tubuh badan, nampaknya Sakinah tidak pernah mempedulikan tanggapan masyarakat.

Artikel Berkaitan: ‘Tuhan Tarik Nikmat Bebas Memandu’ – Sharifah Sakinah

Kembali berlakon

![|650x318](upload://kqO9pZ3jkG4RfzUBZI53yjtgQrS.png)

Terbaru, Sakinah sekali lagi mengundang kecaman apabila memuat naik sekeping foto berendam dalam bathtub dengan gaya seksi.

Foto tersebut menampakkan separuh bahagian badan Sakinah yang dipenuhi dengan buih sabun.

Menerusi kapsyen ditulis, pelakon berumur 32 tahun itu menyatakan dia sudah kembali ke set penggambaran selepas sekian lama berehat.

Kenapa tutup pakai buih?

![|650x1015](upload://eq08zI81lOXhd527nffHMmn9pRl.jpeg)

Seperti yang dijangka, ternyata perkongsian foto Sakinah itu kurang disenangi pengikutnya sehingga ramai yang meninggalkan komen pada hantaran pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired.

Rata-rata mula menjadi ustazah dan ustaz ‘segera’ dalam menasihati pelakon tersebut biarpun Sakinah tidak memberi sebarang respon. Malah, banyak juga akaun palsu yang muncul meninggalkan komen ‘nakal’.

Bagaimanapun, selain komen negatif, ramai juga peminatnya yang mendoakan agar Sakinah diberi hidayah untuk berubah satu hari nanti.

Sebelum ini, Sakinah pernah dikecam selepas memuat naik foto memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan gaya ‘manja’.

Sumber: Instagram @sharifah_sakinah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-pernah-serik-sharifah-sakinah-belanja-foto-berendam-dalam-bathtub