Tak Pernah Lupa Anak-Anak, Shuk Sahar Rasa Kosong Tanpa Keluarga – ‘Ada Ketika Saya Menangis’

Sebelum ini, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik sebuah video di laman TikTok yang memaparkan anak perempuan meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.

Artikel Berkaitan: Anak Shuk Menangis Rindu Ayah, Netizen Doakan Rossa Sera Terus Tabah Besarkan Anak

Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Nafi Sudah Kahwin Dengan Fara Salleh

Tak akan lupa anak

Ketika ditemui OhBulan!, Shuk, 36, menegaskan dia tidak pernah sesekali melupakan dua puterinya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Kata pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia dan anak-anak akan ‘video call’ setiap hari.

Saya tak pernah lupakan mereka dan kisahkan mereka. Sebelum mereka pulang ke Sabah, saya ada berjumpa. Setiap hari saya mesti video call dengan anak-anak.

Tambahnya lagi, dia akui masa dengan anak-anak sangat terhad kerana Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera yang menjaga sepenuhnya.

Tapi kebanyakan masa, memang anak-anak Sera yang jaga. Sera jaga anak-anak dengan cukup baik, saya tak nafikan. Cukup bagus.

Shuk berkata demikian ketika ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, baru-baru ini.

Kosong tanpa keluarga

Ditanya perasaan menyambut Ramadan tanpa isteri dan anak-anak, pelakon filem Adnan Sempit 2 akui rasa tak sempurna dalam kehidupan.

Masa bulan puasa ini pun dah terasa bezanya, tak perlu tunggu raya nanti. Bangun sahur dah rasa lain, apatah lagi masa berbuka puasa. Walau ada kawan-kawan, tapi kosongnya itu masih terasa tanpa keluarga di sini.

Ada ketika saya menangis. Tapi apa yang terjadi, saya tahu ia kesilapan sendiri. Saya terima dan reda dan cuba untuk betulkan walaupun tahu ada perkara yang kita boleh betulkan dan ada yang tidak. Tapi sekurang-kurangnya saya mencuba.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang.

Sumber: Instagram @shuk_sahar


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-pernah-lupa-anak-anak-shuk-sahar-rasa-kosong-tanpa-keluarga-ada-ketika-saya-menangis