Tak Pernah Anggap Diri Sebagai Rakyat Malaysia, Finalis Miss Malaysia Teruk Dikecam – ‘Saya Minta Maaf Kepada Semua Yang Terlibat’

Seorang Finalis Miss Malaysia dikecam teruk oleh netizen selepas mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengundang kritikan orang ramai. Menerusi laporan Malay Mail, gadis tersebut dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur rasis kepada negara dan juga penduduk Asia.

Bukan mencintai Malaysia?

Menurut laporan, Finalis Miss Malaysia itu memaklumkan yang dia menyertai pertandingan ratu cantik tersebut atas kehendak dirinya sendiri dan bukanlah kerana dia mencintai Malaysia.

Saya menyertai ini (Miss International Malaysia (MIM)) hanyalah untuk kepentingan saya. Bukan kerana saya cintakan negara saya. Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya tak pernah ambil berat mengenai Malaysia. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah.

Dalam pada itu, gadis tersebut juga didakwa pernah meluahkan rasa kesal kerana tidak dilahirkan di negara-negara maju seperti Jepun dan China berbanding Malaysia selepas berlaku sedikit insiden melibatkan dia dan jurugambar yang mengambil fotonya kurang cantik dalam sebuah acara.

Nafi dan minta maaf

Walau bagaimanapun, gadis tersebut telah membuat kenyataan dengan mendakwa yang tuduhan tersebut adalah tidak benar. Dia juga sempat memohon maaf di atas apa yang diucapkan tempoh hari dan sama sekali tidak mempunyai niat jahat. Menurut gadis tersebut, dia berada dalam keadaan emosi sewaktu bersama jurugambar berkenaan dan telah menyakiti hati beberapa orang semasa kejadian. Tambahnya, Miss International Malaysia tidak terlibat dengan isu ini dan dia memohon maaf kepada pihak tersebut.

Permohonan maaf

Sumber: Malay Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-pernah-anggap-diri-sebagai-rakyat-malaysia-finalis-miss-malaysia-teruk-dikecam-saya-minta-maaf-kepada-semua-yang-terlibat