Tak Diberi Makan Semasa Majlis Perkahwinan, ‘Photographer’ Balas Dendam Padam Gambar Depan Pengantin

![|650x436](upload://fTc73qfqtsWu9ZjsC36YEeqZLZ2.png)

Foto: India.com

Gara-gara dipercayai tidak diberi makan semasa majlis perkahwinan, seorang jurugambar wanita didakwa bertindak memadam gambar-gambar pengantin yang diambilnya.

Kisah ini diceritakan di platfom Reddit (sosial media untuk berkongsi minat yang sama) sebelum ianya tular di media sosial namun, tidak dapat dipastikan berlaku di mana.

Terima gaji RM1k

![|650x434](upload://xkez4QIKtGUEUUg7xsYSE2AIPge.png)

Foto: Kaodim

Ujar wanita yang enggan mendedahkan identitinya menceritakan dia sebelum ini merupakan seorang penjaga anjing dan sering mengambil gambar-gambar anjing pelanggannya. Dia pada masa yang sama, turut memuat naik gambar-gambar tersebut di media sosial.

Sehinggalah satu hari, kawannya menawarkan dia untuk menjadi jurugambar perkahwinan dan menerima bayaran sebanyak $250 (anggaran RM1,044.88). Wanita ini perlu bertugas bermula 11 pagi dan majlis tersebut dianggarkan selesai pada 7.30 malam.

Sekitar jam 5 petang, makanan disajikan dan saya diberitahu saya tidak boleh berhenti kerja untuk makan kerana perlu ambil gambar. Bukan itu sahaja, mana-mana meja pun tidak disediakan untuk saya. Penat dan pada masa yang sama menyesal ditambah pula tempat majlis yang panas ketika itu.

Padam depan pengantin

![|650x431](upload://jcvK7UxgrgCUkzjY9hfzPJt59Wr.png)

Foto: Kaodim

Mengulas lebih lanjut, wanita ini juga turut memberitahu kepada pengantin lelaki yang dia memerlukan rehat selama 20 minit bagi mengisi perut terlebih dahulu.

Dia memberitahu saya bahawa saya perlu ambil gambar atau pergi tanpa gaji.

Geram dengan respon yang diberikan pengantin, wanita ini didakwa memadam semua gambar yang diambilnya di hadapan pengantin sebelum beredar dari majlis tersebut.

Sumber: India.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-diberi-makan-semasa-majlis-perkahwinan-photographer-balas-dendam-padam-gambar-depan-pengantin