Tak Dapat RM2, Anak Sanggup Tumbuk Bapa Sampai Patah Gigi

![|650x458](upload://4wrjwXWwOpaR24OlXCldAgpMrqc.png)

Sekadar gambar hiasan

Akibat tidak dapat RM2.00 seperti yang diminta, seorang anak tergamak menumbuk ayahnya sehingga patah gigi gara-gara ingin membeli minyak motosikal di Kampung Belukar Jambu, Chendering, Kuala Terengganu.

Tumbuk ayah sebab tak dapat RM2.00

![|650x437](upload://qrpGSYR6seM9LcNcNycTuMJm8bg.png)

Sekadar gambar hiasan

Lapor Sinar Harian, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai meminta ayahnya wang sebanyak RM2.00, namun mangsa dikatakan enggan memberi wang tersebut kerana sikap anaknya yang begitu biadap.

Menurut sumber, disebabkan mangsa enggan melayan permintaan suspek, si anak mengamuk lalu menumbuk bibir ayahnya sehingga patah gigi. Akibat kecewa dengan tindakan anaknya itu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini anaknya pernah memarahinya hanya disebabkan dia menegur mengenai tong gas.

Mangsa enggan menunaikan permintaan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadab suspek terhadapnya sebelum ini yang tergamak memarahinya hanya disebabkan dia menegur mengenai tong gas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-dapat-rm2-anak-sanggup-tumbuk-bapa-sampai-patah-gigi