‘Tak Boleh Usik Langsung, Kuat ‘Back Up’ – PU Syed Kena Kecam Sebab Desak Pendakwah Terkenal ‘Buka Mulut’

![|650x400](upload://4zrBcqGnv4C79YxPFnxuZiWPWXe.jpeg)

Susulan pendedahan warganet di media sosial mengenai seorang pendakwah selebriti yang dikatakan melakukan gangguan seksual, pendakwah bebas PU Syed memohon agar pendakwah terkenal tersebut berhenti daripada mendiamkan diri dan tampil memberi penjelasan terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Jangan terus diam

![|650x452](upload://gCFRN8QDlj26jMq6ZgIekJ9Td4m.jpeg)

Menerusi hantaran panjang lebar yang ditulis di Facebook, PU Syed mendedahkan dia ada menerima beberapa rakaman video pendakwah tersebut namun dia masih cuba bersangka baik.

Namun, pemikiran ke arah itu makin meleset selepas semakin ramai mangsa yang tampil kepada pihak berkuasa bagi menuntut keadilan dan kebenaran.

Saya minta *** agar tampil kehadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yg saudara anggap telah memfitnah saudara. Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers saudara perlu diberi pencerahan setuntasnya.

Dalam pada itu, PU Syed turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlampau taksub sehinggakan menutup keburukan yang dilakukan seseorang itu. Pesanan juga turut ditinggalkan kepada pelaku agar bertaubat dan menginsafi kesalahan yang dilakukan.

Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dalam kalangan masyarakat, apatah lagi jika muncul dari orang yg dihormati oleh masyarakat.

Dah kena kecam

![|650x663](upload://dSqr3sdE0afg82OVsQi0ftTOlcv.jpeg)

Selang beberapa jam posting itu dikongsikan, PU Syed mendedahkan dia menerima pelbagai kecaman daripada individu yang mempertahankan pendakwah itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meminta agar PU Syed tidak masuk campur dalam isu tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

Sumber: Facebook @Pencetus Ummah Syed


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-boleh-usik-langsung-kuat-back-up-pu-syed-kena-kecam-sebab-desak-pendakwah-terkenal-buka-mulut