‘Tak Boleh Brain’ – Syafie Naswip Kecam ‘Marketing’ Murahan Pelakon Nak Promosi Drama

![|650x408](upload://sxzYYl3mqYdMy9klQKtAsOa6GyI.jpeg)

Pelakon, Syafie Naswip meluahkan pandangannya berhubung sikap segelintir pelakon yang menjadikan pergaduhan di set penggambaran sebagai bahan untuk ‘marketing’ sesebuah drama mahupun filem.

Bila dikecam salahkan netizen pula

![|650x621](upload://JnICmZR0ZkyrK5n9GFskl0IDuH.jpeg)

Menurut Syafie, dia tidak faham kenapa pelakon yang berbakat besar boleh melakukan ‘marketing’ yang tidak bermaruah seperti bergaduh dan menangis di dalam set. Tambah Syafie, sebagai seorang pelakon mereka perlu berlakon di set penggambaran sahaja bukan di luar set.

Zaman sekarang nak lakukan drama kena up pergaduhan dekat set. Kena buat live nangis-nangis macam psycho. Lepas itu, bila dikecam kata salah netizen dan jawapan tak apa aku dapat pahala free. Lebih menyakitkan, orang yang buat ni adalah orang-orang yang truly talented. Why? Tak boleh brain. Boleh je nak marketing cara yang lebih sihat dan bermaruah sikit. Cukup berlakon dekat set sahaja.

Dah lama rancang?

![|650x708](upload://8dLQoGWxFz1zYP1lJIh2EZpKkjJ.png)

Di ruangan komen, rata-rata pelakon seperti Roy Azman, Pablo Amirul, Fikry Ibrahim dan Elvina Mohamad bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan oleh Syafie Naswip. Bahkan, ada di antara mereka yang menyatakan bahawa pelakon tersebut sudah lama merancang mengenai pergaduhan tersebut.

Sumber: Syafie Naswip


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-boleh-brain-syafie-naswip-kecam-marketing-murahan-pelakon-nak-promosi-drama