Tak Boleh Balik Kampung Sebab Anak Tak Sihat, Siti Nurhaliza Risau Tengok Keadaan Banjir Di Pahang – ‘Saya Di Kuala Lumpur Tapi Hati Di Daerah Lipis’

![|650x400](upload://eMpr2WfKZiohqFMkOw7diYRFVfE.jpeg)

Ketika negeri Selangor teruk dilanda banjir pada hujung minggu lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi salah seorang individu terawal tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah… Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

Hati di daerah Lipis

![|650x854](upload://aHw3zYc0a2hSE7KhP73X6hiTlRr.png)

Terbaru, Siti, 42, meluahkan rasa risau selepas kampung halamannya yang terletak di Kuala Lipis, Pahang teruk dilanda bencana alam tersebut.

Kata pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, walaupun dia kini berada di Kuala Lumpur namun hakikatnya hati dan fikiran sedang memikirkan nasib penduduk di sana.

Biarpun tidak dapat turun padang ke lokasi, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K ini sedaya upaya mencari jalan untuk menghantar bantuan.

Keadaan di Kuala Lipis, Pahang. Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, Januari lalu juga keadaannya begini.

Keadaan jalan untuk pulang juga menyukarkan team saya untuk ke sana tetapi apa yang penting adalah, kami sedaya mampu akan membantu.

Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak-anak saya juga tidak berapa sihat, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis. Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.

Terus kuat rakyat Malaysia

![|650x319](upload://bzHEuNqoI2RU5P4UugVZWifw0ZM.png)

Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permana akui terharu melihat keteguhan rakyat Malaysia membantu sesama sendiri tanpa berkira tenaga, kaum dan wang ringgit.

Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini.

Saya terharu melihat bagaimana rakyat Malaysia berganding bahu dalam apa jua situasi sukar yang sedang menimpa. Terus kuat! Saya doakan agar kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan.

Kepada yang sama-sama ingin membantu, anda boleh menyumbang ke tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam, ada di linktree di bio saya. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan prihatin.

Terdahulu, Siti dan Datuk K ligat menghantar bantuan kepada mangsa terjejas di kawasan Lembah Klang pada Ahad lalu.

Sumber: Instagram @ctdk


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-boleh-balik-kampung-sebab-anak-tak-sihat-siti-nurhaliza-risau-tengok-keadaan-banjir-di-pahang-saya-di-kuala-lumpur-tapi-hati-di-daerah-lipis