Tak Balas Mesej Dikirim, Wanita Terkejut Selepas Tahu Suami Meninggal Dunia Akibat Jatuh Tebing

Sekadar gambar hiasan

Bermula dengan tidak membalas mesej yang dikirim, seorang wanita dikenali sebagai Bonnie Caldwell dari New Zealand terkejut selepas mengetahui suaminya, Matt meninggal dunia dalam satu kemalangan aneh.

Suami tak balas mesej

Foto: DailyStar

Menerusi laporan media, mangsa dikatakan pergi menonton permainan ragbi bersama rakan-rakannya di satu lokasi yang terletak beberapa jam dari rumah mereka. Kali terakhir pasangan ini berbual adalah pada tengah malam, namun pada keesokan harinya mangsa sama sekali tidak membalas mesej yang dikirim oleh isterinya.

Pada mulanya wanita ini beranggapan suaminya sedang mabuk bagaimanapun alangkah terkejutnya dia selepas menerima mesej daripada abang iparnya yang memaklumkan suaminya meninggal dunia dalam keadaan yang tragis.

Apa yang berlaku adalah di tempat mereka tinggal, ada tebing dan dia (mangsa) berjalan menyusuri tebing untuk pergi ke tandas.

Bagaimanapun dia tidak sedar dia berada di tepi tebing dan terjatuh terus jatuh ke bawah.

Susulan daripada itu, mangsa dilaporkan maut berikutan terjatuh dari tebing dan kisah ini dikongsi sendiri oleh Bonnie di aplikasi TikTok.

Sumber: Mirror


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/tak-balas-mesej-dikirim-wanita-terkejut-selepas-tahu-suami-meninggal-dunia-akibat-jatuh-tebing