Tak Bagi Keterangan & Terus Masuk Hospital Sebab Darah Tinggi, Pemandu Bot Tak Nak Bagi Rambut Untuk DNA?

![|650x405](upload://9Gv3kV6OG9MFiTR0EyQllRcec0T.jpeg)

Sebelum ini, media Thailand melaporkan kesemua saksi yang menaiki bot bersama mendiang Tangmo Nida telah dipanggil oleh polis untuk membantu siasatan. Namun setiap saksi iaitu Idsarin Juthasuksawat (Kratik), Wisapat Manomairat (San), Nitas Kiratisoothisathorn (Job), pemilik bot Tanupat Lerttaweewit (Por) dan pemandu bot, Phaiboon Trikanjananun (Robert) dipercayai memberi keterangan palsu.

Artikel Berkaitan: Jumpa Bukti CCTV Pelakon Thailand ‘Ditolak’ & Bot ‘Sebenar’ Ditemui, Pengurus ‘Jual’ Tangmo Nida Sebab Duit?

Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

Artikel Berkaitan: Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot

Elak bagi ‘sample’ rambut

![|650x318](upload://5yAE8c5Zy2l5OyvX2XrF0pjJjsj.png)

Menurut sumber, salah seorang lagi individu yang seakan mengelak daripada memberi keterangan adalah pemandu bot laju iaitu Phaiboon Trikanjananun atau lebih dikenali dengan nama Robert. Difahamkan, Robert tidak terus memberi keterangan selepas insiden tersebut kerana dipercayai dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi dan hypertension.

Bukan itu sahaja, dia juga langsung tidak menghadirkan diri ketika pihak polis menjalankan sesi lakonan semula adegan Tangmo Nida tercampak dari bot sebelum terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya sehingga meragut nyawa pelakon terkenal itu. Tetapi apa yang lebih mencurigakan apabila Robert sekali lagi cuba mengelak apabila pihak polis meminta sample rambutnya untuk tujuan DNA.

Gaya rambut tak sama

![|650x372](upload://pAgQc8GjMq1Iam7x4FGzXY4yhFR.png)

Bukan itu sahaja, netizen juga tertanya-tanya adakah Robert individu yang sama berada di dalam bot bersama Tangmo Nida atau sebaliknya. Hal ini kerana, mereka melihat gaya rambut Robert ketika di dalam bot dan ketika berjumpa dengan ibu Tangmo agak berbeza dengan gambar yang viral di media sosial. Menjawab persoalan itu, Robert mendakwa bahawa pada tahun lalu dia telah melakukan rawatan tanam rambut (hair transplant). Spekulasi mendakwa kemungkinan gambar tersebut adalah gambar Robert yang terdahulu.

Menurut sumber, Robert merupakan CEO dan pengasas sebuah syarikat teknologi di Thailand yang berasaskan pemasaran dan menyediakan perkhidmatan komunikasi atas talian.

Untuk rekod, Phaiboon Trikanjananun (Robert) dan pemilik bot iaitu Tanupat Lerttaweewit (Por) telah mendapat kemaafan daripada ibu mendiang Tangmo Nida selepas mereka menawarkan wang pampasan berjumlah 30 juta baht (sekitar RM3.8 juta) kepada wanita itu.

Sumber: The Thaiger,Bangkok Bizz News, TNews


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-bagi-keterangan-terus-masuk-hospital-sebab-darah-tinggi-pemandu-bot-tak-nak-bagi-rambut-untuk-dna