Suntik Darah Sendiri Dalam Produk Makanan, Peguam Didakwa Alami Masalah Mental Mungkin Terlepas Hukuman

 

Seorang peguam di London didakwa menyuntik darahnya ke dalam produk makanan di beberapa pasaraya sehingga mengakibatkan kerugian hampir £500,000 (RM2.8 juta) pada 25 Ogos 2021. Namun begitu, lelaki berkenaan berkemungkinan terlepas daripada hukuman kerana dipercayai mengalami masalah mental.

Suntik darah dalam produk makanan

Menerusi laporan Daily Mail, lelaki berkenaan bernama Leoaai Elghareeb didapati melakukan kesalahan dengan menyuntik darahnya ke dalam makanan, namun peguam bela menyatakan bahawa anak guamnya itu tidak siuman ketika melakukan perkara terbabit.

Susulan daripada itu, Hakim Hammerton mengarahkan agar pihak Leoaai untuk menyediakan laporan yang disediakan oleh dua pakar psikiatri sebelum dia dijatuhkan hukuman.

Ini adalah penilaian berisiko kerana melibatkan kerugian wang yang besar kerana dia telah menyuntik darahnya ke dalam bahan makanan.

Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimainkan di mahkamah menunjukkan lelaki berusia 37 tahun itu memasuki sebuah pasaraya dengan memakai baju-t berwarna hitam dan berseluar pendek sebelum dia berjalan ke bahagian makanan lalu menusuk picagari yang berisi darahnya.

Dibuang keluarga

Pada tahun 2020, lelaki berkenaan dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantung diri kerana ingin menghentikan suara di dalam kepala yang menyuruhnya melakukan pelbagai perkara. Bukan itu sahaja, dia juga percaya bahawa ia berpunca daripada ‘mata-mata’ kerajaan yang meletakkan implan di telinga serta tengkoraknya.

Mental dia berada dalam keadaan tidak stabil sehungga dia tidak dapat membuat keputusan dengan rasional.

Difahamkan, Leonnai pernah dibuang keluarga gara-gara dia menyukai kaum sejenis. Malah dia juga mempunyai sejarah masalah mental selama 12 tahun dan sebelum ini pernah mendapatkan bantuan daripada perkhidmatan kesihatan mental di London.

Sumber : Daily Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/suntik-darah-sendiri-dalam-produk-makanan-peguam-didakwa-alami-masalah-mental-mungkin-terlepas-hukuman