Suka Minum Kopi? Ini Kesan Buruk Pengambilan Kafein Berlebihan Kepada Wanita

![|650x366](upload://oKCTyEUWzm847VnPcUOKfXzahQx.jpeg)

Kredit foto: Hungrito

Sejak kebelangan ini minuman kopi menjadi kegemaran ramai, malah ada yang sanggup menghabiskan puluhan ringgit demi secawan kopi! Namun sebagai pengguna, kita sebenarnya mempunyai pelbagai pilihan memilih minuman kopi yang sedap dan berpatutan.

Pengambilan kopi bagi sesetengah orang itu bertujuan untuk menghilangkan rasa mengantuk jika berkerja pada waktu malam, manakala bagi yang berkerja di sebelah pagi kopi dapat mencergaskan mereka.

Akan tetapi meminum kopi secara berlebihan akan memudaratkan penggemarnya terutamanya pada wanita, kerana kandungan kafein di dalamnya sangat tinggi!

Artikel berkaitan: Elakkan 5 Perkara Yang Boleh Jejas Kualiti Hidup Korang, Nombor 2 Tu Ramai Selalu Buat!

Masalah kesuburan

![|650x488](upload://n9tGY0TgDaW4NeefQTefQq0TBHd.jpeg)

Kredit foto: Mingguan wanita

Terlampau kerap meminum kopi dan pengambilan kafein yang berlebih dapat mengurangi peluang wanita untuk hamil hingga 72%!

Selain itu beberapa kajian juga mendapati wanita yang minum lebih dari satu cawan setiap hari akan mengalami kesan tidaksuburan sebanyak 50 peratus.

Hal ini juga mendapati bahawa kafein boleh menjejaskan metabolisma dan juga dapat meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan.

Jadi bagi para wanita yang sedang mencuba untuk hamil mereka dinasihatkan agar menghentikan amalan pengambilan kafein ini.

Meningkatkan risiko keguguran

![|650x434](upload://pzAen0CTSpWj2gKC6A68wShjK0y.jpeg)

Kredit foto: Openaccessgovernment

Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh mendatangkan risiko keguguran bagi wanita yang sedang hamil, kerana kafein menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin.

Hal ini kerana kafein akan menyebabkan saluran darah mengecut sekaligus ini akan mengurangkan pengaliran darah ke uri seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan juga nutrien kepada bayi.

Selain itu, kafein juga dapat memudaratkan bayi di dalam kandungan kerana ianya dapat menjejaskan pertumbuhan sel-selnya dan kemungkinan bayi yang bakal dilahirkan akan menjadi kecil dan juga mengakibatkan keguguran.

 Sering membuang air kecil

![|650x434](upload://y6fVqHLSoUJq8TTopLb71dC20KF.jpeg)

Kredit foto: Klinik Pandawa

Salah satu punca ibu-ibu yang sedang hamil dan juga para wanita yang lain kerap membuang air kecil kerana terlebihnya kandungan kafein di dalam tubuh badan dan sekaligus boleh menyebabkan badan kekurangan cecair dan dehidrasi.

Hal ini kerana, minuman berkafein dapat menambahkan jumlah garam dan air yang berlebihan di dalam urine, dan disebabkan itu ianya juga mempunyai sifat diuretik iaitu membuang lebih garam dan air di dalam badan melalui air kencing.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita yang sering mengambil kafein lebih kerap membuang air kecil dan kebiasaanya rasa hendak membuang itu tidak dapat ditahan, ianya sering berlaku pada hampir 70 peratus wanita yang kerap mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram ataupun lebih.

Gejala menopause

![|650x433](upload://AhYHpMKquPx2lXjWDCHQxdNpuqi.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Setiap wanita pasti akan mengalami fasa menopause dalam hidup mereka, cuma yang berbeza adalah cepat atau lambat dan juga gejala yang dialami ketika melalui fasa tersebut.

Kafein juga dipercayai dapat memburukkan lagi keadaan kepada seseorang itu yang sedang mengalami saat menopause, hal ini kerana gejala-gejala yang dihadapi bagi setiap wanita yang melalui fasa ini berlainan.

Berlebihan kafein dapat meningkatkan lagi gejala-gejala yang tidak diingini semasa menopause iaitu, sukar untuk tidur, lebih mudah keletihan, kerap sakit kepala dan hot flashes.

Hot flashes atau lebih dikenali sebagai rasa panas dan hangat yang melampau  sehingga mengeluarkan peluh, ianya terjadi akibat peningkatan aliran darah di dalam pembuluh darah wajah, leher, dada dan juga punggung.

Kulit mereka ketika terjadinya hot flash ini kan menjadi kemerah-merahan dan akan mengeluarkan peluh secara berlebihan, ianya juga akan terjadi selama 5 minit.

Kajian mendapati bahawa wanita yang telah memasuki fasa menopause dan masih lagi mengambil kafein akan akan sering mengalami gejala ini berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein. Jadi kurangkan lah pengambilan kafein untuk memiliki tubuh badan yang lebih sihat.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/suka-minum-kopi-ini-kesan-buruk-pengambilan-kafein-berlebihan-kepada-wanita