Suami Tetak Leher Isteri Hingga Mati Kerana Cemburu

Sekadar gambar hiasan

Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak menetak leher isterinya sehingga mati. Insiden cemas itu berlaku di bilik sewa pasangan terbabit di tingkat 3, Jalan Segama, Sabah.

Tetak leher isteri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 31 tahun dipercayai bertindak agresif dengan menetak leher isterinya selepas berlakunya pertengkaran antara mereka. Suspek yang berang kemudian mengambil pisau di dapur lalu bertindak menyerang mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, suspek terus menghubungi talian kecemasan dan mengaku telah menetak isterinya menggunakan pisau hingga mati selain mahu menyerah diri.

Motif kejadian dipercayai cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti puncanya.

Motif dipercayai kerana cemburu

Pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa sudah terbaring berlumuran darah di atas tilam. Mangsa yang berusia 23 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Akibat serangan itu, mangsa mengalami cedera di leher kanan, muka, tangan dan luka di perut.

Suspek akan direman untuk tindakan lanjut manakala mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi tujuan calitan Covid-19 dan bedah siasat.

Susulan daripada insiden itu, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, pihak polis juga berjaya merampas sebilah pisau dan parang pemotong daging dan salah satunya dipercayai digunakan suspek dalam pembunuhan itu.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/suami-tetak-leher-isteri-hingga-mati-kerana-cemburu