Suami Selalu ‘Lari’ Setiap Kali Minta Bayar Duit Rumah, Makanan Pun Beli Asing, Isteri Nekad Fail Cerai

![|650x395](upload://pzEVYX3lFYdh3TIiXW5h7gQwyw2.png)

Sekadar gambar hiasan

Selepas proses akad nikah berlangsung sudah menjadi tanggungjawab hakiki seorang suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin buat isterinya. Nafkah yang dimaksudkan adalah makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkara asas yang lain. Bagaimanapun, terdapat kes di mana si suami bertanggungjawab memberi nafkah namun, jumlah duit yang diberikan seolah-olah tidak setimpal dan perangai tersebut disifatkan sebagai kedekut.

Artikel Berkaitan: Nafkah Isteri RM5 Sebulan, Nak Beli Apa Je?

Artikel Berkaitan: Tak Daftar Nikah Sebab Arwah Suami Bagi Alasan Nak ‘Rahsiakan’, Wanita Hiba Anak Tak Dapat Harta Pusaka

Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Kisah suami terlampau kedekut

![|650x362](upload://52XD5H9WwuCAxqRhTM7mCRkkkfD.png)

Sekadar gambar hiasan

Seperti satu kisah dikongsi oleh seorang Peguam Syarie Amalina Adam menceritakan nasib yang menimpa seorang wanita selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang disifatkan sebagai terlampau kedekut. Perkara tersebut secara tidak langsung boleh menyebabkan perhubungan tersebut musnah dan tidak lagi dapat diselamatkan.

Sebenarnya, isteri telah berkali-kali meminta suaminya merujuk mana-mana pakar yang boleh membantu suaminya dalam menguruskan kewangan setiap bulan. Tetapi suami enggan ikut nasihat isteri dengan alasan suami tahu untuk menguruskan sendiri.

Isteri akur dengan keputusan suaminya. Setelah satu tahun usia perkahwinan, isteri tersebut semakin berasa tertekan dengan sikap suami setelah dikurniakan seorang anak lelaki. Bila tiada anak, suami kata segera nakkan anak macam pasangan lain, bila dah ada anak, suami enggan pula mengeluarkan wang belanja untuk anak sendiri. Nasib baiklah isteri ada perniagaannya sendiri, bolehlah menampung perbelanjaan anak sulung mereka.

Tak tahan dengan apa yang terjadi, si isteri memberanikan diri untuk bersuara dan meminta supaya suaminya lebih bertanggungjawab terhadap nafkah isteri dan anak. Namun, jawapan yang diberikan si suami mengecewakan dan menjelaskan isterinya seolah-olah tidak bersyukur dengan nafkah yang diberi selama ini.

Isteri pun bertanya “apa yang awak beli?”. Suami terus bertindak membuka tv siaran Oasis dengan audio yang sangat kuat supaya isteri dapat mendengar zikir-zikir yang sedang berbunyi.

Minta duit rumah

![|650x433](upload://7SwOffKL0MAhx0tIz9lxeVT8czF.png)

Sekadar gambar hiasan

Apa yang lebih mengejutkan, apabila si isteri meminta supaya suami melunaskan wang ansuran bulan rumah namun, hanya RM10 diberikan. Bukan itu sahaja, suaminya seolah-olah mempertahankan diri dan menjelaskan duit yang diberikan cukup bagi membayar bil api dan air.

Isteri membalas kata “minta maaf cakap, berapa sangat duit api air jika nak dibandingkan dengan ansuran bulanan rumah? Ok kita tukar pula. Saya bayar api air, awak bayar ansuran rumah. Boleh?”

Selepas mendengar permintaan isterinya, si suami sepantas kilat membuka ceramah agama dengan suara yang begitu kuat mengenai nafkah mengikut kemampuan suami. Akhirnya wanita ini akur untuk membuat bayaran ansuran rumah menggunakan pendapatannya bagi mengelakkan daripada bergaduh.

Apabila isteri berkali-kali cuba duduk berbincang dengan suami berkenaan dengan wang pendapatan bulanan suami dan isteri, suami sering mengelak tidak mahu berbincang dan meminta isteri bersyukur dengan apa yang ada.

Jumpa benda pelik

![|650x430](upload://98W0AfLEhzR81BYepCOyOnZgv2s.png)

Sekadar gambar hiasan

Apa yang lebih mengejutkan apabila si isteri terjumpa beberapa kertas kecil yang tertulis 4D Jackpot dan dia memberanikan diri membuat aduan kaunseling di pejabat agama. Bukan itu sahaja, wanita ini turut membuat aduan berhubung sikap suaminya yang enggan berbincang secara baik mengenai nafkah.

Akibat daripada aduan tersebut, suami mula berasa tercabar. Sejak dari itu juga semakin teruk sikap suami dan tidak pula berubah. Apabila suami hendak keluar bekerja, suami akan tutup suis dalam “ fuse box “ dan akan mengetatkan skru dengan pliers.

Isteri terpaksa duduk dalam gelap bersama anak kecil dan hanya menyalakan lilin sebab tidak mampu untuk membuka fuse box tersebut. Ahli Keluarga isteri pula tinggal jauh dari rumah. Isteri cuba bertanya kepada suami “kenapa awak awak buat begini dengan saya? Apa salah saya??”. Suami membalas kata “belajar-belajar la sama duduk dalam kubur dan api neraka sebab cuba malukan suami”.

Wanita ini akhirnya berasa sangat tertekan dengan tindakan suaminya yang begitu kedekut kepada dirinya dan anak yang akhirnya membawa kepada penceraian. Suami sempat memberikan alasan isterinya yang tidak tahu bersyukur dan berlagak alim sebagai alasan mereka untuk bercerai.

Sayur-sayuran yang dibeli suami semasa berada di kampung pun, suami akan membungkus semula dan membawa sayur tersebut balik bersama ke rumah dan tidak meninggalkan satu sayur pun di rumah ibu isteri. Milo, garam, gula, kicap pun begitulah semua dibawa balik bersama setiap kali mereka pulang dari kampung.

Kalau di rumah pula, suami akan membeli nasi bungkus sendiri. Kalau isteri nak makan, beli atau masak sendiri juga. Lama-kelamaan isteri sudah mula berasa tawar hati dengan sikap kedekut dan berkira suami sehingga berasa malu dengan ahli keluarga isteri yang tahu tentang sikap kedekut dan berkira suami.

Apabila ditegur, suami berkata “aku penat kerja, penat cari duit. Itu duit aku”. Perkara ini telah setahun belarutan sehingga isteri terpaksa bertindak memfailkan kes tuntutan nafkah isteri dan tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah atas nasihat perundangan.

Sumber: Peguam Syarie Amalina Adam


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/suami-selalu-lari-setiap-kali-minta-bayar-duit-rumah-makanan-pun-beli-asing-isteri-nekad-fail-cerai