Suami Penggal Kepala Isteri Hingga Putus, Sumbat Dalam Guni & Bawa ‘Bersiar-Siar’ Naik Motosikal

Foto: Daily Mail

Gara-gara cemburu, seorang lelaki di Kemboja tergamak memenggal kepala isterinya menggunakan pisau pemotong daging. Dia kemudian menyumbat kepala itu ke dalam guni sebelum membawa menaiki motosikal.

Kelar leher isteri, sumbat dalam guni

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, insiden tersebut dipercayai berpunca kerana suspek, Phuong Ratha berusia 27 tahun mengesyaki isterinya, Ly Srey Nouch 23 tahun mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Disebabkan terlalu cemburu, suspek nekad membunuh isterinya dengan cara memenggal dan menetak kepala mangsa sehingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Suspek kemudian memasukkan kepala isterinya itu ke dalam guni dan membawanya menaiki motosikal.

Bungkusan guni berisi kepala itu kemudian dibuang di sebuah kawasan terbiar. Perbuatan kejam itu akhirnya terbongkar selepas jiran pasangan itu, Phan Sreyphet menemukan mayat mangsa yang dikerat berada di atas lantai rumah dalam keadaan berlumuran darah. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Suspek mengaku bunuh sebab cemburu

Foto: Daily Mail

Pada keesokan harinya, pihak polis berjaya menahan suspek. Semasa soal siasat, suspek mengaku mengelar leher isterinya kerana marah dan cemburu. Dia juga mengaku cuba menyembunyikan kepala mangsa yang terputus itu.

Saya cemburu dan merasakan isteri saya bertindak berlainan sejak kebelakangan ini. Saya tidak memukulnya sebelum membunuhnya, saya hanya menggunakan pisau untuk mengelar lehernya.

Sementara jiran pasangan itu mendakwa sering mendengar mereka bergaduh dan mangsa sering dikasari oleh suspek. Bukan itu sahaja, suspek juga kerap menuduh isterinya berlaku curang dan menghubungi lelaki lain. Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Daily Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/suami-penggal-kepala-isteri-hingga-putus-sumbat-dalam-guni-bawa-bersiar-siar-naik-motosikal