Stok Kurang, Pengantin Nikah Dengan Mas Kahwin Satu Paket Minyak Masak

![|650x324](upload://w3DNI6xVNm0PVOmlnd5UoxrIzsx.jpeg)

Pelik tapi benar! Sepasang pengantin di Ponogoro, Indonesia memilih untuk menjadikan bekalan asas, minyak masak sebagai mas kahwin.

‘Sederhana tapi bermanfaat’

![|650x341](upload://4XqMcuNYXDcuQnFnKiVSnc8rkjr.jpeg)

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan Tribunnews, Supadi, 60 tahun menikahi Sumariati, 54 tahun dengan mas kahwin sejuta rupiah (RM291) berserta minyak masak paket satu liter. Selain itu, pasangan itu turut memilih tarikh yang unik bagi majlis akad mereka iaitu 22 Februari 2022 (22022022).

Pasangan itu selamat dinikahkan dengan tiga kali lafaz di majlis yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Desa Suru, Kecamatan Sooko. Pengantin lelaki dilihat segak mengenakan baju batik, manakala pasangannya cantik berkebaya ungu.

Ketua Pejabat Urusan Agama Sooko, Meky Hasan berkata, hanya satu pasangan yang bernikah pada hari dengan tarikh yang unik itu di Kecamatan tersebut. Tambahnya lagi, pemberian minyak masak tersebut adalah perumpamaan kepada hidup yang bersederhana namun bermanfaat.

Pengantin pria juga memberi minyak goreng sebagai emas kawin dan juga uang tunai sebesar 1 juta rupiah (Rm291). Minyak goreng ini diperlukan dalam rumah tangga. Filosofi walaupun sederhana tapi bermanfaat.

Di Ponorogo, bekalan minyak masak menjadi barang berharga bahkan menjadi buruan golongan ibu-ibu disebabkan kekurangan stok.

Sumber: Tribunnews


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/stok-kurang-pengantin-nikah-dengan-mas-kahwin-satu-paket-minyak-masak