Solat Tak Menghadap Kiblat, Lelaki Amuk Selepas Ditegur Jemaah Lain

![|650x399](upload://yzseSuqtrj4wkmRfJGo20mk1hOm.jpeg)

Siapa sangka, niat baik seorang lelaki ingin menegur seorang jemaah yang berdiri menghadap arah kiblat yang salah dibalas dengan amukan, serta hampir dipukul lelaki yang ditegur itu.

Pelitup muka pun tak pakai

![|650x399](upload://19L1PNEPPpv3kafBzCSlNETQFft.jpeg)

Foto: Instagram @fakta.indo

Menerusi satu perkongsian video akaun @fakta.indo di laman Instagram, seorang lelaki dilihat berdiri menghadap arah yang bertentangan dengan kiblat, kemudian ditegur salah seorang jemaah lain. Gara-gara teguran tersebut, lelaki itu mengamuk dan hampir memukul jemaah yang menegur itu.

Menurut laporan Suara.com, insiden yang berlaku di sebuah masjid di Indonesia itu terjadi ketika sejumlah jemaah lain sedang merapatkan saf ketika menunaikan solat berjemaah. Namun, pada masa yang sama kelihatan seorang lelaki yang solat bersendirian menghadap arah yang bertentangan.

Tambahan lagi, lelaki itu juga tidak memakai pelitup muka ketika menunaikan solat.

Video penuh

Sumber: Suara.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/solat-tak-menghadap-kiblat-lelaki-amuk-selepas-ditegur-jemaah-lain