Sindiket Cucuk Wanita Gemuk Ubat Kurus Supaya Berat Badan Turun Sebelum Dijadikan Pelacur

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini seorang ibu kepada mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar mendedahkan bahawa anaknya pernah diseksa dengan renjatan elektrik selain diambil darah dan berkemungkinan organnya pula akan dijual selepas penyeksaan itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Trauma Bayi Diculik Cucu Pengasuh Berusia 14 Tahun Naik Van– ‘Mungkin Nak Dijual Kepada Sindiket’

Artikel Berkaitan: Bantu Suami Dari ‘Luar’, Influencer Cantik Ditangkap Selepas Jadi Ketua Sindiket Jenayah

Cucuk ubat kurus

Sekadar gambar hiasan

Tambah wanita berusia 56 tahun itu juga, sekiranya wanita yang dijadikan sebagai sindiket mempunyai bentuk badan gemuk, mereka akan disuntik dengan ubat kurus sehingga mengalami penurunan berat badan untuk dijadikan sebagai pelacur.

Sindiket kini mula ambil darah untuk jual darah, malah dipercayai untuk penjualan organ. Ada juga mangsa yang diseksa sampai mati.

Ujarnya lagi, anaknya turut memberitahu bahawa seramai 50 orang rakyat Malaysia yang tiba di sana setakat ini dipercayai mangsa terbaharu sindiket tersebut.

Kena culik di Bangkok

Sekadar gambar hiasan

Bukan itu saja, seorang lagi ibu kepada mangsa sindiket mendakwa bahawa anak lelakinya yang berusia 29 tahun diculik di Bangkok sebelum disuntik dengan dadah sehingga pengsan dan diseludup ke Myanmar sekitar Julai lalu.

Difahamkan anaknya terpedaya dengan tawaran pekerjaan sebagai jurubahasa yang ditemui di Facebook dan segera ke Bangkok untuk bekerja di sana sebelum mengetahui dirinya ditipu.

Menerusi info yang dikongsikan oleh anaknya, sindiket penipuan pekerjaan itu merancang untuk berpindah kerana tempat penyeludupan manusia kini sudah terdedah dan dikenali.

Sumber: Berita Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sindiket-cucuk-wanita-gemuk-ubat-kurus-supaya-berat-badan-turun-sebelum-dijadikan-pelacur