Simpati Lihat Nasib Anak Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan Tulis Surat Terbuka Buat Aryan – ‘Percayalah Kamu Akan Jadi Lebih Baik Daripada Mereka Semua!’

![|650x344](upload://2WYuV0jxwRbQDrkHj89dRzLPPjD.png)

Berita viral mengenai penahanan anak kepada pelakon, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kerana penyalahgunaan dadah ternyata mengejutkan ramai pihak. Malah, peminat dan rakan artis turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap Shah Rukh Khan dan keluarga.

Artikel berkaitan: Alami Tekanan Sejak Anak Ditahan, Shah Rukh Khan Tidak Makan & Tidur – ‘Dia Sangat Kecewa’

Artikel berkaitan: Demi Anak Kesayangan, Shah Rukh Khan Lantik Peguam Termahal Untuk Bela Nasib Aryan

Tulis surat terbuka

![|650x756](upload://rSB1kEBUv6JQnm7jQksxkUhhoZ3.png)

Di Instagram, pelakon kacak iaitu Hrithik Roshan turut menulis surat terbuka buat Aryan dan memohon remaja tersebut untuk terus tabah dan kuat berdepan ujian ini.

Buat Aryan sayang, hidup adalah satu perjalanan yang aneh. Tidak selalunya bagus tetapi Tuhan memberikan yang terbaik. Dia memberi ujian untuk dihadapi dan kamu dipilih supaya belajar merasakan tekanan agar diri kamu boleh berdepan dengan apa jua situasi pada masa akan datang.

Kesalahan, kegagalan, kemenangan, kejayaan semuanya sama jika kamu tahu yang mana harus disimpan dan yang mana harus dibuang dari perjalanan hidup. Percayalah kamu akan menjadi lebih baik dari mereka semua. Akan datang cahaya nanti.

Menurut Hrithik Roshan, Aryan perlu kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Ujar Hrithik lagi, Aryan masih muda dan banyak perkara yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Oleh itu, remaja tersebut perlu belajar sesuatu daripada pengalaman ini. Terdahulu, Shah Rukh Khan dipercayai tidak tidur dan makan kerana berfikir mengenai keadaan anaknya yang masih berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Sumber: Hrithik Roshan


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/simpati-lihat-nasib-anak-shah-rukh-khan-hrithik-roshan-tulis-surat-terbuka-buat-aryan-percayalah-kamu-akan-jadi-lebih-baik-daripada-mereka-semua