Sheila Rusly Teruja Bakal Timang Cucu Sulung– ‘Saya Mimpi Nama Bakal Cucu Ketika Kandungan Elisya Tiga Bulan’

Sumber: elisyasandhaofficial

Penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly yang bakal menerima cucu pertamanya mengakui sangat teruja untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarganya. Lebih menarik, Sheila juga dikatakan telah bermimpi tentang bakal cucunya itu.

Artikel Berkaitan: Netizen Dah Nampak ‘Baby Bump’, Elisya Sandha Terus Kunci Mulut

Artikel Berkaitan: Selit Gambar Imbasan Ultrabunyi Dalam Video, Elisya Sandha Hamil Anak Pertama?

Mimpi nama bakal cucu

Sumber: elisyasandhaofficial

Memetik laporan Harian Metro, Sheila dikatakan telah bermimpi nama bakal cucu ketika kandungan menantunya itu mencecah tiga bulan. Nama bakal cucu pertamanya itu juga bakal diambil daripada mimpinya dan dipersetujui oleh menantunya iaitu pelakon, Elisya Sandha.

Saya mimpi nama bakal cucu ketika usia kandungan Elisya baru tiga bulan.

Saya cakap pada Elisya, rasanya anak dalam kandungan adalah perempuan. Saya mimpi dia lahir dan dia perempuan dan terus bagi nama. Saya akan gunakan nama itu. Insya-Allah, nama itu akan dikongsikan Elisya dan suaminya selepas dilahirkan nanti.

Menambah keterujaan itu, Sheila juga merupakan orang yang pertama yang membeli barang dan kelengkapan cucu perempuannya yang dijangka dilahirkan pada 16 Jun ini.

Apabila dia lahir kelak, suasana lebih meriah. Saya orang pertama beli barang bayi, memang teruja dan gembira. Macam suami cakap, semoga Allah panjangkan umur saya, bagi saya peluang, nafas untuk saya tengok kebahagiaan rumah tangga anak-anak. Dapat pula tengok cucu. Allah hantar terlalu banyak kepada saya pada usia ini, saya rasa sangat bertuah dan bersyukur.

Sebak dapat cucu perempuan

Sumber: elisyasandhaofficial

Sheila berkongsi kisah bahawa dia selama ini hanya menumpang kasih pada mereka yang mempunyai anak atau cucu perempuan. Sheila yang mendirikan rumah tangga bersama Jinggo telah dikurniakan dua anak lelaki. Mungkin kehadiran Elisya dan bakal cucunya itu bakal mengubah hidup mereka sekeluarga.

Saya tak boleh kawal. Ini bukan berlakon, bukan saja-saja nak keluar air mata, air mata bukan boleh rancang nak keluar. Saya rasa sebak, sebab keluarga saya kecil, tidak ada anak perempuan. Macam saya cakap, bertahun-tahun saya menumpang kasih. Setiap kali pelakon bekerja dengan saya anggap mereka anak, mereka panggil saya mama, saya anggap macam anak sendiri.

Bila Allah hantar bakal cucu perempuan, yang mungkin ambil alih tempat saya dan ambil aura, saya dapat rasakan. Walaupun masih dalam perut, saya selalu cakap pada Elisya, cucu saya ini akan ikut jejak langkah saya, saya tahu dia kuat.

Terdahulu, Elisya mendedahkan dia dijangka bersalin pada 16 Jun ini bakal menimang cahaya mata perempuan. Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sheila-rusly-teruja-bakal-timang-cucu-sulung-saya-mimpi-nama-bakal-cucu-ketika-kandungan-elisya-tiga-bulan