Shawn Mendes Luangkan Masa Bersama Camila Cabello Di Pantai Miami, Bakal Bersatu Semula?

![|650x385](upload://wgWkq2vySh8yPWPR1dLMdszqdaA.jpeg)

Sejak kebelakangan ini, Shawn Mendes dipercayai berdepan dengan konflik dalaman diri termasuklah perihal hubungan yang menyebabkan dia kurang aktif di media sosial. Namun begitu, dia tidak menyatakan secara terperinci berkenaan hubungan cinta mahupun hubungan bersama ahli keluarga.

Artikel berkaitan: Akan Tetap Berkawan Baik, Shawn Mendes & Camila Cabello Umum Berpisah

‘Sedang melalui fasa sukar sekarang’

![|650x570](upload://l1CQ5nX1LtlHaVr9MS7TG26an4h.jpeg)

Selepas single It’ll Be Okay yang dilancarkan akhir tahun lalu, Shawn meluahkan rasa terharu dan menyatakan penghargaan terhadap sokongan peminatnya kerana menghargai lagu terbaharunya serta berterusan sehingga ke hari ini

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram miliknya, pelantun lagu Treat You Better itu turut menyatakan dia kini berada di dalam fasa sukar namun tetap bangga dengan sokongan orang ramai terhadap single terbaru itu.

Saya sedang lalui fasa sukar buat masa sekarang. Tambah pula dengan perhubungan.

Bila saya buat muzik, matlamat nak sampaikan tentang apa yang saya rasakan. Bila tengok tiktok ramai yang berkongsi pelbagai perasaan mereka.

Tambahnya lagi, dia turut berharap peminat yang mendengar lagu itu dapat merasai dan meluahkan menerusi lagu tersebut. Shawn juga bangga kerana ramai peminatnya terkesan dengan single terbaru itu.

Harap ada sesuatu yang mereka rasakan dan meluahkan menerusi lagu itu. Sejujurnya saya bangga dengan single itu sebab ramai yang dapat mendalami dan terkesan dengan lagu itu.

Video penuh :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shawn Mendes (@shawnmendes)

Shawn yang pernah menjalinkan hubungan percintaan bersama rakan duetnya iaitu Camila Cabello selama 2 tahun telah berpisah November tahun lalu dan lagu It’ll Be Okay dikeluarkan sejurus selepas perpisahan itu.

Namun, baru-baru ini selepas perpisahan tersebut penyanyi itu dilihat membawa anjingnya ke taman bersama bekas teman wanitanya itu, Camila Cabello di Miami.

Sumber: shawnmendes


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/shawn-mendes-luangkan-masa-bersama-camila-cabello-di-pantai-miami-bakal-bersatu-semula