Seronok Belajar Memandu Kereta Baru, Suami Tak Sengaja Langgar Isteri Hingga Maut

![|650x363](upload://1bKjoxsYF6DJq64cdQzgR3aveZP.png)

Seorang wanita berusia 53 tahun dilaporkan maut gara-gara dirempuh oleh suaminya sendiri yang sedang belajar memandu kereta. Kejadian berkenaan berlaku di Pringsewu, Lampung, Indonesia baru-baru ini.

Nak masukkan kereta terlanggar isteri

![|650x448](upload://4uq3qZwTTmevcONr62TXjqUgKsT.png)

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, insiden berkenaan berlaku ketika lelaki berkenaan ingin meletakkan kenderaannya di dalam garaj sementara isterinya pula sedang menyapu di laman rumah mereka sambil memerhatikan si suami.

Peristiwanya bermula apabila si suami nak masukkan keretanya dalam garaj dan isteri tengah menyapu.

Walau bagaimanapun kereta yang dipandu oleh suaminya itu hilang kawalan lalu merempuhnya sehingga menyebabkan dinding rumah mereka pecah dan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Belajar pandu kereta baru

![|650x417](upload://AlEOM2zHLNjRfGiU7IxBTbCM3KT.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Pringsewum, Dany Waldy, lelaki berusia 55 tahun itu masih terkejut dan trauma dengan insiden berkenaan. Hasil siasatan mendapati, si suami sebenarnya baru sahaja belajar membawa kereta yang dibeli mereka.

Suami mangsa tidak menyangka akan melanggar isterinya sendiri sehingga maut.

Ujarnya lagi, si suami memberitahu bahawa dia gagal mengawal kereta sehingga melanggar isterinya yang sedang menyapu sampah ketika itu.

Susulan itu, mangsa dirawat oleh pasukan perubatan dan disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala sebelah kiri serta tulang di kaki kiri patah.

Sumber : Tribun News


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/seronok-belajar-memandu-kereta-baru-suami-tak-sengaja-langgar-isteri-hingga-maut