Sering Dirundum Malang, Mampukah Nuh & Mia Ubah Hidup Dalam ‘Kerana Setitik Susu’

![|650x441](upload://bU8WNPRjPgG8cunVD2mbg4hXY2P.png)

Telefilem terbaru TV9, Kerana Setitik Susu akan ditayangkan pada 30 November 2021, Selasa jam 9.30 malam di slot Kuasa 3 Malam TV9. Telefilem ini dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Izara Aishah, Azlee Khairi dan ramai lagi.

Nuh buat keputusan untuk berhijrah

![|650x387](upload://l7qt26IIrysIQs0P7OEpxLSV4Ay.jpeg)

Telefilem Kerana Setitik Susu ini mengisahkan mengenai seorang penganggur yang dikenali sebagai Nuh yang mula mengembala dan menjaja susu kambing demi mendapatkan upah susu sebotol kambing setiap hari untuk merawat ibunya yang sedang sakit.

Namun, ibunya meninggal dunia dan Nuh membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari duit menanggung persekolah adiknya. Ketika Nuh mencuba pelbagai pekerjaan, dia mula berkenalan dengan Mia iaitu seorang ibu tunggal yang cekal menjaja susu di pasar malam.

Tatkala melihat Mia, Nuh terkenangkan arwah ibunya dan mengingat kembali usahanya untuk mencari susu demi ibunya.

Mereka tekad untuk memajukan diri

Kesungguhan Mia melariskan jualannya membuatkan Nuh berminat untuk menjadi agen jualan sus seperti Mia. Sejak daripada itu, Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan kerana ingin belajar cara-cara untuk menjual susu secara dalam talian serta cuba sedaya upaya untuk mencapai target bulanan. Adakah Nuh dan Mia mampu merealisasikan impian mereka?

Jangan lupa saksikan Kerana Setitik Susu yang akan ditayangkan pada 30 November 2021, hari Selasa, jam 9.30 malam di TV9 dan tayangan semula di TV3 pada 26 Disember 2021.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sering-dirundum-malang-mampukah-nuh-mia-ubah-hidup-dalam-kerana-setitik-susu