Sengaja Ajak Gaduh Setiap Hari Khamis, Isteri Dedah ‘Taktik’ Pelakon, Rupanya Pernah Curang Dengan Isteri Orang – ‘Saya Dah Penat Nak Simpan Aib Dia’

![|650x308](upload://7PcZ0cwShlW1vOVmoCC4shWgjQP.jpeg)

Sebelum ini, nama pasangan selebriti Indonesia iaitu Dhena Devanka dan suaminya, Jonathan Frizzy menjadi perbualan hangat netizen selepas Dhena membuat laporan polis mendakwa dirinya dikasari oleh suaminya.

Namun, Jonathan Frizzy tampil membuat pendedahan mengatakan bahawa dirinya sebenarnya dipukul dengan menggunakan besi dumbbell berulang kali oleh isterinya.

Artikel berkaitan : Dituduh Pukul Suami Dengan Besi Dumbbell Sebab Curang, Isteri Pelakon Buka Mulut – ‘Apa Yang Dia Lakukan Lebih Dari Itu’

Curang sejak 2016 lagi

![|650x539](upload://dRkxfTrZ8iaFf9Q00gVnvN58Kcc.png)

Rumah tangga pasangan selebriti Indonesia ini dikatakan goyah apabila Jonathan mula berubah sikapnya selepas dipercayai rapat dengan seorang artis yang dikenali sebagai Ririn Dwi Ariyanti. Namun, perkara itu dikatakan hanya untuk mendapatkan chemistry antara mereka berdua ketika berlakon dalam drama yang sama.

Apabila Dhena cuba untuk bercakap mengenai perkara berkenaan, suaminya mula bersikap dingin seperti ada sesuatu yang disembunyikan olehnya.

Sebenarnya bukan pertama kali kejadian curang ni, Sejak dari 2016 pun dah ada tapi 2019 ni baru saya tahu. Ketika itu dia dengan seorang wanita yang sudah bergelar isteri orang.

Dalam pada itu, Dhena mendedahkan ‘taktik’ yang biasa digunakan oleh suaminya iaitu sering ‘mengajaknya’ untuk bertengkar pada setiap hari Khamis. Perkara itu dikatakan dibuat dengan sengaja kerana pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Jonathan akan menggunakan peluang itu untuk tidak balik ke rumah.

Nanti hari Isnin dia balik. Dia tiba-tiba telefon suruh saya jangan cakap apa-apa.

Saya ikut je selama 2020 sampai 2021 ni sebab saya malas nak kecoh dan saya fikir macam tu demi anak-anak saya. Tapi lama-lama saya penat nak simpan aib dia.

Si isteri penat nak simpan aib suami

![|650x432](upload://bssJQqzRDpoNCQDXGpLiYsnaB5S.png)

Ujarnya, dia sudah penat untuk menyimpan aib suaminya lagi dan mendakwa dirinya dikasari dari segi perkataan dan cara suaminya bercakap dengannya di WhatsApp.

Walau bagaimanapun, keluarga Jonathan dikatakan tidak yakin dengan apa yang dikatakan olehnya dan mengatakan bahawa Dhena seorang yang kuat cemburu. Namun apabila mereka mengetahui bahawa pelakon berkenaan kerap tidak pulang ke rumah, mereka sudah malas untuk mengambil tahu.

Dhena dikatakan telah membuat memfailkan penceraian di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Ogos lalu dan kini dia perlu kuat demi anak-anak walaupun telah diabaikan oleh suami sendiri.

Sumber : Tribun News, Liputan6


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sengaja-ajak-gaduh-setiap-hari-khamis-isteri-dedah-taktik-pelakon-rupanya-pernah-curang-dengan-isteri-orang-saya-dah-penat-nak-simpan-aib-dia