‘Semua Orang Islam Penakut, Berani Bila Ramai Je’ – Lagi Video Hina Agama Islam Cetus Amarah

Sejak belakangan ini, semakin ramai individu yang berani memuat naik video menghina agama Islam di media sosial yang dilihat seperti sengaja membuat provokasi sehingga membangkitkan amarah orang ramai. 

Artikel berkaitan : Viral Video Hina Allah & Nabi, Lelaki Diserang Hingga Berlumuran Darah

Terbaharu, seorang lelaki dengan biadapnya menghina agama Islam dan mencabar umat Islam supaya mencarinya.

Lelaki hina agama Islam

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, memaparkan seorang lelaki mengenakan seluar jeans lusuh pendek serta berbaju merah mencabar orang Islam supaya berhadapan dengannya. Dia turut melemparkan tuduhan pengikut agama Islam sebagai seorang yang pengecut.

Islam itu kat punggung aku, semua orang Islam penakut dan berani bila ramai je.

Kenapa pergi pukul orang ramai-ramai kalau berani pergilah sorang-sorang, lama dah aku cakap Islam ni jahat. Kau semua macam kera (monyet). Orang Islam ada apa je. 

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi keberadaan individu terbabit. Namun, berdasarkan loghat yang digunakan, berkemungkinan lelaki berkenaan berasal dari sebelah selatan Thailand. 

Video hina agama Islam

Sumber : Mohd Shafiq Yusof


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/semua-orang-islam-penakut-berani-bila-ramai-je-lagi-video-hina-agama-islam-cetus-amarah