Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Siti Elizad Doa Agar Dikurniakan Zuriat

Foto: elizadsharifuddin

Pelakon dan pengacara, Siti Elizad Sharifuddin menyambut ulang tahun kelahirannya dengan menitip doa agar dikurniakan zuriat.

Masih terus berharap

Foto: elizadsharifuddin

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pelakon itu membuat ciapan berserta doa sempena ulang tahun kelahirannya.

Menginjak ke usia 38 pada hari ini, pelakon versatil ini juga memberitahu dia masih terus berharap, cekal dan bahagia dengan kehidupannya walaupun belum dikurniakan cahaya mata.

My birthday. Bismillahi MasyaAllah.

Allah tiupkan kekuatan dengan ujian yang diberi. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik rasa sabar. Inshaallah sampai masa, Allah beri sesuatu sebagai ganjaran. Terus berdoa, tenang, senyum & bersyukur. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar & redha.

Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dgn tidak meninggalkan zuriat, dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Terdahulu, Elizad juga pernah menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Sekadar info, Elizad dan Shamsul Baharin Rahman selamat diijab kabulkan pada tanggal 11 Januri 2015.

Sumber: elizadsharifuddin


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sempena-ulang-tahun-kelahiran-siti-elizad-doa-agar-dikurniakan-zuriat