Sempena Ulang Tahun Ke-20 Jenama Jam Tangan MIDO, All Dial Ini Tampil Dengan Rekaan Yang Estetik!

![|650x380](upload://y03MAF1YkgUOTG6UOxmlIyBBcDS.jpeg)

Boleh dikatakan jam tangan adalah aksesori wajib bagi setiap orang, tak kira lelaki mahupun perempuan. Bukan saja mudah untuk melihat waktu, tapi ianya juga dapat menambah seri penampilan seseorang.

Ha…sempena meraikan ulang tahun ke-20, jam tangan jenama MIDO yang terkenal di Swiss ini, menzahirkan penghormatan kepada semua peminat menerusi penghasilan jam tangan mereka dimana, strukturnya diilhamkan oleh seni bina Colosseum dan bangunan yang ikonik.

Bukan tu je, ada banyak lagi kelebihan lain tentang jam tangan berjenama ni tau. Jom usha dulu!

Hadir dengan kotak istimewa

Jam ni kalau korang taknak pakai sendiri, bagi hadiah kat orang pun menarik jugak kan? Ini kerana, jam tangan MIDO ini hadir dengan pembungkusan kotak istimewa yang dihiasi dengan setiap satu kepingan pingat yang sungguh eksklusif!

Ia dihasilkan bagi memberikan tanda penghormatan kepada semua peminat jam tangan MIDO yang terinspirasi dengan seni bina. 

Reka bentuk yang unik, estetik & elegan

![|650x309](upload://ydS8bxUSubQ9K5DMfA7ZI7QRQeS.jpeg)

Kalau korang nak tahu, koleksi jam tangan MIDO ni juga bukan saja mempunyai reka bentuk yang kontemporari, malah ia kelihatan sangat estetik dan elegan. Koleksi ini juga adalah koleksi pertama yang telah membangkitkan salah satu monumen Rom yang terkenal dengan reka bentuk artifak yang bersejarah iaitu Amfiteater Colosseum. 

Jadi, memang tak hairanlah kalau ramai peminat MIDO tertarik dengan design All Dial sempena ulang tahun mereka kalini kan?

Mempunyai fungsi pergerakan kronometer automatik & detail yang kemas

![|650x309](upload://sUDK9GulK1BVRAXV8oX3RdgdiGW.jpeg)

Selain itu, pergerakan jarum pada jam tangan All Dial ini juga menunjukkan ketepatan dan kebolehpercayaan kepada waktunya. Ini disebabkan mereka menggunakan teknologi pergerakan kronometer automatik COSC yang dikatakan ada pada model-model tertentu. Wahhh!

Paling best, strap yang digunakan pada koleksi ini berbentuk rantai dan stainless steel yang tahan karat. Ia juga tampil dengan gabungan design serta detail Côtes de Genève dan ukiran logo MIDO yang sangat kemas.

![|650x650](upload://2YO73bqw8yGZ4RWb9lZaaC7lDaV.jpeg)

Bukan tu saja, bagi meraikan koleksi MIDO yang ke 20 tahun, sebenarnya terdapat beberapa model lain selain All Dial. Antara model lain yang akan buat korang terpikat termasuklah Baroncelli, Ocean Star, Multifort dan Komander. 

Semuanya ada keunikan dan kelebihan yang tersendiri lah. Memang eksklusif lah orang kata…

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan jam tangan jenama MIDO!

![|650x850](upload://t9oKq3nK5O4fPWWG5kIYJSZo4Tr.jpeg)

 

 

Korang jangan fikir lama-lama tau, buat peminat jam tangan berjenama dengan rekaan yang unik, jom cepat-cepat grab dan jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan jam tangan All Dial ini sempena ulang tahun mereka pada tahun ni.

Nanti bolehlah padankan dengan baju dan gaya penampilan korang. Untuk pembelian, korang boleh pergi ke website mereka di SINI atau direct ke outlet mereka yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur.

Alamat penuh:

Lot 4 . 106 . 01, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sempena-ulang-tahun-ke-20-jenama-jam-tangan-mido-all-dial-ini-tampil-dengan-rekaan-yang-estetik