Sempat Hantar Mesej Selamat Tinggal & Minta Maaf, Gadis 17 Tahun Maut Dipercayai Terjatuh Bangunan

Sekadar gambar hiasan

Di Presint 11, Putrajaya seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah apartment penjawat awam. Mayat mangsa dijumpai di bumbung lobi tingkat satu bangunan berkenaan pada jam 7.50 malam.

Sempat hantar mesej

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikatakan sempat menghantar mesej ‘selamat tinggal’ kepada rakan sekolahnya sebelum insiden ngeri itu berlaku. Kakak kepada mangsa menceritakan mesej tersebut dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Saksi ketika kejadian mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di atas bumbung sebelum mayat mangsa ditemui. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mangsa terjatuh dari tingkat berapa.

Soal siasat ke atas kakak mangsa mendapati, mangsa dikatakan sempat menghantar pesanan mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada rakannya berserta sekeping gambar.

Ibu turut mendapat mesej

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, ibu kepada mangsa menceritakan dia turut mendapat mesej daripada anaknya yang meminta maaf.

Difahamkan mangsa merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik dan dia sama sekali tidak menjelaskan tujuannya datang ke kediaman ibunya di kuarters tersebut.

Mayat disahkan abangnya dan polis turut menghubungi unit forensik untuk datang ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/sempat-hantar-mesej-selamat-tinggal-minta-maaf-gadis-17-tahun-maut-dipercayai-terjatuh-bangunan